KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 26, 2008

Batalkan JK bersama M'sia-S'pura

malaysiakini - Parti Rakyat Malaysia (PRM) menggesa kerajaan Malaysia membatalkan niat membentuk jawatankuasa bersama dengan Singapura dalam projek Iskandar Malaysia susulan jatuhnya Pulau Batu Putih ke tangan negara jiran itu minggu lepas.

Presidennya Hassan Abdul Karim berkata tidak ada rasionalnya republik itu terlibat dalam pembangunan Malaysia dan tidak mahu kejadian yang sama "berulang seperti yang terjadi pada Pulau Batu Putih".

"Pengajaran yang perlu diambil kini ialah kerajaan Malaysia perlu membatalkan niat untuk membentuk jawatankuasa bersama peringkat menteri-menteri antara Malaysia dengan Singapura dalam projek Iskandar Malaysia," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan penubuhan jawatankuasa bersama itu dalam pertemuan tidak rasmi dengan perdana menteri Singapura di Langkawi tahun lepas.... selanjutnya.

berita berkaitan
Pulau Batu Puteh: Police report lodged

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive