whitenaval.wordpress - [...] Lupakah kita semua kepada kes pelantikan Menteri Besar Terengganu di mana Pak Lah menuntut Datuk Idris Jusoh sebagai MB tetapi Sultan Terengganu memilih Adun Kijal, Dato` Ahmad Said sekarang sebagai MB? Adegan krisis antara Pihak Istana Terengganu dan UMNO tersebut lebih serius kerana melibatkan banyak pihak! Satu negara gempar apabila Perdana Menteri Malaysia dipanggil mengadap Yang DiPertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan.
Janganlah kita semua lupa akan peristiwa tersebut apabila Peguam Negara dengan yakinnya akan Kedaulatan Undang-Undang Negara Malaysia yang menjadi ideologi kebangsaan Malaysia ke-4, ketika itu Tan Sri Ghani Patail dengan tegasnya melalui media pro-kerajaan menjelaskan bahawa Sultan Mizan tiada kuasa ke atas pelantikan MB Terengganu dengan peruntukan Perlembagaan yang sedia ada ketika itu. Adakah perlu menyuarakan di khalayak umum tetapi mengambil pendekatan lebih bermaruah dengan mengutus surat secara rahsia atau melalui pintu belakang kepada Pihak Istana?... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment