agendodaily - TERBARU: Tun Dr. Mahathir Mohamad hari Sabtu mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menyiasatnya ekoran laporan inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai video V.K. Lingam. Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau sedia untuk didakwa di mahkamah kerana kesempatan itu akan digunakannya untuk membela diri di samping mendedahkan hal-hal lain yang termasuk para hakim yang melobinya. Beliau juga sedia menerima sebarang keputusan dan redha jika didapati bersalah di mahkamah daripada 'dibicarakan' dengan cara-cara lain. Bagaimanapun Dr Mahathir berkata, jangan pula selepas kerajaan membuat keputusan siasatan dibuat tetapi akhirnya didapati tiada kes pula. Ini kerana katanya, akan ada pula tuduhan beliau melobi agar tidak didakwa di mahkamah. Dr. Mahathir berkata demikian semasa menjawab soalan seorang peserta pada forum mengenai pilihan raya umum ke-12 di Johor Bharu.Menjawab soalan mengenainya dalam sidang akhbar kemudian Dr Mahathir tidak melihat sebnagai satu kesalahan sesiapa saja melobi untuk tujuan apa sekalipun.... selanjutnya.
May 17, 2008
Mahathir sedia didakwa
Labels: VK Lingam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Mahathir bukan sedia. Actually he threatens all those including, judges, ministers, AG, IGP and everyone. He says without saying " If you dare touch me I will tell all about you to the whole world. Looks like most of them are also have their individual scandals in Dr.M's pocket.
Post a Comment