KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 17, 2008

Rahman pasang umpan ..... ikan tak makan

Azmin dicabar dedah nama 30 wakil rakyat
bharian - [...] Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mencabar Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali supaya mendedahkan nama 30 Ahli Parlimen yang didakwa pembangkang sudah bersetuju melompat parti untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, perkara itu perlu kerana mungkin Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak sengaja membuat kenyataan berkenaan sebagai strategi perang saraf tetapi realitinya perbuatan itu boleh menggugat kestabilan dan ekonomi negara.

“Saya boleh membuat penjelasan kejadian merasuah seperti diminta Azmin dengan syarat beliau sendiri mendedahkan dulu nama 30 Ahli Parlimen yang didakwa beliau akan melompat parti,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.>> selanjutnya
No2umnO - Kelakar ... tajuk berita pun geli gelitek. Dicabar....bunyi macam hebat. Tapi sebenarnya macam budak kecil .... Seerti dengan Bagi tau la ! Bagi tau la ! ....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive