KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 17, 2008

Warga HUKM marah benar dengan Naib Canselornya

http://www.unicef.org/malaysia/msl/my_SOWC07_ukmvc_03.jpgharakahdaily - Saya baru berjumpa dengan rakan lama saya, seorang pensyarah UKM. Terkejut saya apabila dia begitu marah dengan Naib Canselor UKM, Prof Dr Sharifah Hapsah, yang disifatkannya hanya mementingkan imej universiti dan bagaimana mahu nampak hebat dari segi fizikalnya sahaja.

Macam-macam cerita yang diluahkannya terutama perasaan pensyarah lain yang turut marah dengan Dr Sharifah. Beliau memberitahu ramai pakar-pakar di Hospital UKM Cheras sudah begitu kecewa dengan layanan anak emas kepada seorang profesor ulung, Tan Hock Lim.

Sudahlah dibayar sehingga berjuta-juta ringgit tetapi tiada kesan hebat yang dibawa kepada UKM. Kawan saya itu bercerita lagi dengan perasaan marah bagaimana dewan-dewan bedah direkabentuk semula tanpa mengambil kira keperluan harian yang diperlukan oleh HUKM.

Dari raut mukanya saya dapat bayangkan bahawa ramai kakitangan UKM yang lain turut memendam rasa. Dan ini tentulah sesuatu yang tidak baik kepada UKM. Dia turut memaklumkan bahawa hal berkenaan sudah dibawa ke Parlimen dan beliau setuju sangat dengan gesaan ketua pemuda PAS, Salahudin Ayub agar Menteri Pengajian Tinggi sendiri turun bertanya khabar apa sebenarnya yang berlaku.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive