hmetro - “Kami dua beranak seakan-akan berkongsi rumah dengan ratusan ulat sampah sejak tiga bulan lalu,” kata seorang penduduk yang tinggal bersebelahan tempat buangan sampah di Blok C, Seksyen 10, Wangsa Maju di sini.
Fauziah Malik, 43, berkata masalah ulat mula timbul sejak dia sekeluarga menduduki kawasan perumahan itu lima tahun lalu, namun semakin parah sehinggakan kehidupan harian mereka terpaksa dikongsi bersama ratusan ulat.
Katanya, situasi itu menyebabkan dia bersama ibu yang kurang upaya (OKU) tinggal dalam keadaan tidak selesa ditambah pula dengan bau busuk sampah bersebelahan rumahnya.
Menurutnya, masalah itu berpunca kegagalan pihak berwajib mengutip sampah mengikut jadual ditetapkan termasuk ada ketikanya sampah diangkat selepas dua minggu.
“Saya pernah mengajukan aduan mengenai masalah itu kepada pemaju perumahan, namun tiada tindakan susulan sehinggakan ibu dan adik sering mengadu sakit kepala akibat menghidu bau busuk.
“Dakwa mereka (pemaju), segala urusan berkenaan sudah diserahkan sepenuhnya kepada sebuah syarikat konsesi, namun apa yang dikesali kini ialah syarikat terbabit bersikap sambil lewa.
>> selanjutnya
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment