roslansms - [...] Dan hari ini EXCO berkenaan, Sdr Ronnie Liu mengumumkan suatu lagi pembaharuan. Kata beliau ADUN dan ahli-ahli majlis yang terdiri dari wakil-wakil politik tidak akan dibenarkan duduk dalam “tender board” atau lembaga tender PBT. Kononnya usaha ini bagi memastikan tiada lagi unsur rasuah berlaku dalam lembaga tender. Sebaliknya lembaga tender nanti akan diwakili oleh ahli-ahli majlis bukan politik dengan Datuk Bandar atau Yang Dipertua Majlis mempengerusikannya.
Beginikah cara penyelesaian yang terbaik?
Apakah Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis serta ahli-ahli majlis yang bukan politik itu nanti dapat dipastikan kebersihannya? Apakah kerajaan negeri menganggap wakil-wakil politik Pakatan Rakyat dari PKR, DAP dan PAS sama nilai moralnya dengan wakil-wakil BN?
Kalau rasuah menjadi kebimbangan kerajaan negeri, EXCO berkenaan sepatutunya menyemak semula amalan atau prosedur lembaga tender yang lepas dan memperkenalkan satu “Standard Operating Porcedure” baru yang telus, tuntas serta meyakinkan. Bukannya menghalang orang-orang politik dari terlibat dalam lembaga tender sebegini. Bagi saya ini suatu keputusan yang sangat lemah kerana menyamakan ahli-ahli politik PR dengan BN. EXCO berkenaan perlu ingat Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis yang dikekalkan itu telah lama berkhidmat di bawah BN (saya yakin kasih sayang mereka kepada pimpinan BN masih kekal bertapak sehingga kini lantaran kemesaraan itu), mereka itu yang patut lebih diragui dan dipantau bukannya ahli-ahli politik PR yang masing-masing bersemangat mahu bersama memperjuangkan kerajaan yang bersih dan adil.>> selanjutnya
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment