KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 17, 2008

Operasi DBKL cetus ketegangan

Operasi yang pada mulanya aman bertukar tegang apabila DBKL dikatakan enggan berunding berhubung permintaan penjaja menangguhkan kerja merobohkan sebuah gerai makan.
sinarharian - [...] Bagaimanapun, keadaan tegang berjaya dikawal setelah Pengurus Kawasan Lembah Pantai, Badrul Hisham Baharuddin menggunakan budi bicara dan berunding dengan penjaja terlibat serta polis.

Satu sesi dialog diadakan selepas itu menyaksikan gerai makan itu tidak dirobohkan dan kes tersebut ditangguhkan sementara keputusan rasmi dikeluarkan.

Sesi dialog turut dihadiri Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Zakaria Awang serta beberapa ahli Pekida dan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Jack Wong serta wakil persatuan penjaja yang lain.

Menurut pemilik gerai tersebut merangkap Ketua Jawatankuasa Bertindak Penjaja, Basarah Satimin, keadaan tegang sebelum itu tidak seharusnya berlaku sekiranya DBKL mendengar dan berbincang dengan penjaja terlebih dahulu.

“Saya tidak salahkan sesiapa, cuma ini adalah salah faham. Kalau sebelum ini diadakan perbincangan secara baik, mungkin pertelingkahan seperti itu tidak akan berlaku.

“Selama ini saya dan penjaja lain memberi kerjasama. Bukan saya tidak mahu pindah ke medan selera yang baru, tetapi masalahnya unit kedai yang ditawarkan kepada saya sudah dihuni orang lain. Bagaimana perkara ini boleh berlaku, sedangkan saya yang cabut undi dan diberi kunci,” katanya kepada Sinar Harian.>> selanjutnya

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive