Kelihatan timbunan pasir yang dipercayai dicuri untuk membina calet di Pantai
Chenang, Langkawi.
kosmo - [...] Tanah tersebut yang sebelum ini didakwa mempunyai keluasan sebesar empat padang bola sepak yang disediakan kerajaan sebagai kawasan rekreasi pengunjung berhampiran tandas awam Pantai Chenang dekat sini, kini tiada lagi.
Difahamkan sejak dua tahun lalu kawasan tanah tersebut yang disediakan kerajaan kini 'ditumbuhi' restoran dan calet haram bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan yang didirikan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Lebih memeranjatkan pihak tidak bertanggungjawab itu turut mengambil kesempatan dengan mencuri pasir pantai tersebut untuk digunakan sebagai bahan mentah bagi binaan yang didirikan mereka.
Menurut sumber yang hanya ingin dikenali sebagai Rahman Ibrahim mendakwa keadaan tersebut berlarutan sejak dua tahun lalu dan aduan kepada pihak berkuasa telah dilakukan namun tiada tindakan diambil setakat ini.
Malah katanya lagi, individu yang menceroboh kawasan tersebut seolah-olah 'kebal' dari dikenakan tindakan undang-undang.
"Saya sudah melaporkan masalah tersebut kepada pihak polis, Majlis Perbandaran Langkawi dan pejabat daerah. Namun mereka kata: "Kami tidak boleh buat >> selanjutnya
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment