buletinonline - [...] Pendedahan angka berjuta-juta yang dibelanjakan dalam pembinaan projek-projek mega di Terengganu dan kaitan yang dapat dibuat dengan projek-projek tersebut, semakin hari semakin menarik.
TTI adalah salah satu daripada projek yang dibiayai oleh Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau duit ehsan/ duit royalti minyak Terengganu
Setelah pendedahan yang ‘terburai’ berkaitan dengan pengendali Monsoon Cup, T-Best Event Sdn Bhd yang majoriti sahamnya bukan milik kerajaan Terengganu, kini satu lagi kaitan menarik di temui berkaitan TTI.
Yahya memberitahu pemaju projek TTI adalah dimajukan oleh Taman Tamadun Sdn Bhd dan ia adalah suatu info baru bagi rakyat Terengganu yang selama ini diberitahu TTI dimajukan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).
Dari carian umum internet, kaitan yang ditemui adalah amat menarik dimana alamat Taman Tamadun Sdn Bhd adalah di No.1, Jalan Putra Permai 1 A, Taman Equine, Seri Kembangan 43300 Selangor.
Pastinya pejabat syarikat Taman Tamadun Sdn Bhd itu berdekatan dengan pejabat T-Best Event yang beralamat di 16-1, Jalan Putra Permai 1B, Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor.
Taman Equine adalah Bandar yang dimajukan oleh Equine Capital, syarikat kepunyaan Patrick Lim.
Ini bermakna ketiga-tiga syarikat yang berkaitan dengan projek mega Monsoon Cup dan TTI adalah berpusat di Taman Equine, Seri Kembangan. >> selanjutnya
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment