dipetik: marhaen
Kenyataan Media, 17 Mei 2008
Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz Mahathir dengan merujuk Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai mempunyai kaitan dengan anasir anti Islam di Amerika adalah satu kenyataan yang dangkal dan dibuat secara mala fide - berniat jahat.
Pemilihan Paul Wolfowitz sebagai pengulas di dalam artikel edisi Khas Majalah Time mengenai Anwar Ibrahim adalah keputusan yang independen yang dibuat oleh editorial majalah Time sendiri.
Mukhriz secara asasnya gagal untuk memahami isi kandungan ulasan Wolfowitz, yang menyatakan: "When he was finally released from prison in 2004, U.S. policy on Iraq was unpopular in Malaysia, and Anwar was harshly critical. It would have been easy for him to disown our friendship, but he is not that kind of person. He kept the channels of dialogue open, even while making clear our disagreements."
Wolfowitz sendiri mengakUi bahawa ketegasan Dato' Seri Anwar mengenai perang di Iraq dan Anwar dengan tegas dan jelas menyatakan ketidaksetujuan beliau mengenai perkara tersebut secara berhadapan.
Keputusan Dato' Seri Anwar untuk tidak memutuskan jambatan silaturrahim menggambarkan sifat negarawan beliau, yang jelas membuktikan bahawa dengan memutuskan silaturrahim tidak akan membantu sebarang usaha menghentikan perang mahupun menyumbang sebarang harapan untuk keamanan di masa hadapan.
Tuduhan mengenai liputan Jerusalem Post yang mengulas mengenai Dato Seri Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia juga menimbulkan pertikaian. Sekiranya Mukhriz boleh membuktikan bahawa hanya Jerusalem Post yang menjadi satu-satunya akhbar di dalam dunia yang memainkan spekulasi bahawa Dato Seri Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka itu bolehlah dijadikan asas kepada tuduhan beliau yang bersifat melulu tersebut.
Hakikatnya ialah media di seluruh dunia tidak berada di bawah kawalan Barisan Nasional, sepertimana berlaku di Malaysia. Secara objektifnya seluruh dunia kini memerhatikan kebenaran terserlah dengan perkembangan politik, kebangkitan rakyat, dan kejatuhan Barisan Nasional dewasa ini secara khusus menjadi petanda bahawa potensi Dato Seri Anwar untuk menjadi bakal Perdana Menteri Malaysia adalah benar.
Merujuk kepada Yayasan Masa Hadapan (Foundation For the Future, FFF), Mukhriz begitu ghairah menunding jari mempersoalkan sumber dana yang diperoleh FFF, tetapi gagal memperincikan bagaimana wang tersebut dibelanjakan.
Antara projek yang dibelanjakan oleh FFF yang melibatkan tajaan jutaan ringgit termasuklah:
- The Arab Focus on Rule of Law Reform - The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity (ACRLI) (Jordan)
- Regional Action Network on Tolerance - Ramallah Center for Human Rights Studies (RCHRS) (Palestin)
- Youth and Democracy Reform in Yemen - National Forum for Human Rights (NFHR) (Yemen)
- Middle East Center for Media Excellence - Samir Kassir Foundation (Lebanon)
- Women's Human Rights Education Program - Al-Jamiya Al-Khairiyah Al-Islamiya Al-Amlieh (Philanthropic Amlieh Association) (Lebanon)
- Promoting the Independence of the Egyptian Judiciary - United Group: Attorneys at Law, Legal Advisors and Human Rights Advocates (Mesir)
- Institutional Support for the Central Elections Commission - Central Elections Commission (Palestin)
- Human Rights Information & Training Center - HRITC (Yemen)
- The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity - ACRLI (Jordan)
Tidak ada sebarang keraguan yang perlu dibangkitkan daripada penglibatan Dato Seri Anwar dan hubungkait beliau tersebut. Sedih sekali, ianya tidak dapat diungkapkan oleh mereka yang rakap dengan Mukhriz.
Dalam keadaan Mukhriz sedang menggambarkan diri beliau sebagai seorang yang profesional dan beretika, rakyat Malaysia berhak untuk berasa malu tatkala bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, telah didedahkan terlibat dengan membuat bayaran sebanyak RM4.6 juta kepada pelobi Amerika pro-Zionis, Jack Abramoff demi memastikan pertemuan antara Mahathir dan Presiden George Bush direalisasikan.
Abramoff telah menyatakan kekesalan beliau merasuah ahli-ahli politik Amerika dan menipu puak peribumi Amerika di dalam "casino deal", dan Mahathir sendiri telah mengaku bahawa wang yang dibayar untuk menjamin pertemuaan pada Mei 2002 tersebut hanyalah 'sesuatu yang normal'. Pendedahan terbaru oleh Suruhanjaya Diraja menggambarkan Mahathir sebagai seorang manusia yang tidak mempunyai pertimbangan nyata untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk meluaskan pengaruh.
Kita menyedari bahawa Dato Seri Anwar tidak perlu membayar kepada sesiapapun untuk dijemput oleh mana-mana pemimpin antarabangsa dan pemimpin negara-negara luar, khususnya di kalangan dunia Islam, di mana pandangan beliau sebagai seorang negarawan dan pemikir senantiasa dipandang tinggi dan diterima.
Serangan Mukhriz jelas menggambarkan tindakan terdesak beliau yang mahu mengalihkan pandangan umum daripada laporan Suruhanjaya Diraja yang mengaitkan bapanya terlibat dalam salahguna kuasa dan pemusnahan sistematik integriti kehakiman negara.
KeADILan mempelawa sesiapa dan semua individu yang mempertikaikan rekod Dato Seri Anwar sebagai pemimpin Malaysia, Muslim dan Melayu yang bertindak secara konsisten dengan kebenaran dan keadilan - demi orang Melayu, masyarakat Muslim, rakyat Malaysia, dan segenap lapisan manusia.
Dato' Salehuddin Hashim
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
2 comments:
Ignore Mukhriz. From his speach it is quite obvious he lacks wisdom and maturity. I've also read citation by Paul Wolfowitz and I find it's very professional and one of the reason for him to have that high regards for Anwar was because of Anwar's profeesional approach.
We can't expect anything professional from Mukhriz or UMNO as for them anyone they don't like are bad and stupid. A stupid approach indeed.
if umno can work with Halliburton , why DSAI cant be friends with other people?
If umno can disgrace the rulers and sultans , why karpal only mentioning from the points of law is made as the guilty party?
umno is not the malaysia's sole proprietor. lets be fair
Post a Comment