Menarik komen Nazri Aziz, sesuai kalau untuk dibelasah....
MB Perak tidak faham perlembagaan negara - Nazri AzizNo2umnO - Untung kalau Nazri boleh baca tulisan wak ni ....... kerana nak jelaskan disini, bahawa selama ini yang faham pelembagaan pun masih tak hormat Sultan. Yang tau Rukun Negara pun macam tak der otak. Ragu ragu pada benda haram lain hukumannya berbanding dengan tahu tapi buat benda haram. So .... kepada Nazri, ada perbezaan antara Tak Faham tapi nak Belajar dan Faham tapi kurang ajar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih mentah dan tidak faham mengenai perlembagaan negara berikutan tindakannya mengarah pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dengan serta merta.
Beliau berkata, Mohammad Nizar masih baru dalam memegang jawatan sebagai Menteri Besar dan tidak faham mengenai bidang kuasa dan adat istiadat negeri yang menjadikan Sultan sebagai ketua agama Islam.
“Saya rasa dia (Mohammad Nizar) mungkin baru. Baru menjadi Menteri Besar dan tidak memahami adat istiadat. Apa yang dibuat dan dititahkan oleh baginda Sultan Perak adalah tepat serta betul,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Mencegah Kanser Serviks dan Payu Dara di Klinik Kesihatan Sauk, di sini hari ini - bernama
1 comments:
Mengikut yg di terima pakai,kalau yang tak faham,bolih di ajar,dan dia pula mahu belajar,maka ia bakal menjadi saorang yang terpelajar(Berilmu),TETAPI,yang faham ,dan kurang ajar, maka di Neraka lah dia akan di bakar.
Post a Comment