KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 3, 2008

Tindakan bermotif politik - Raja Petra

http://ghostline.files.wordpress.com/2007/08/23222.jpgSuarakeadilan
Oleh Edi Bakhtiar Suleiman

Pemilik web Malaysia-today.net Raja Petra Raja Kamaruddin disoalsiasat oleh polis berkenaan artikelnya ” lets send the altantuya murderes to hell” di Ibupejabat Polis bahagian jenayah siber, di Jalan Dato Onn di Kuala Lumpur 2 Mei lalu.

Raja Petra yang ditemani oleh peguamnya, Ahli Parlimen Selayang William Leong tiba di ibupejabat polis berkenaan kira-kira jam empat petang dan menghabiskan masa kira-kira dua jam di sana.

Bercakap kepada wartawan di luar kompleks terbabit, selepas sesi soal siasat, beliau berkata polis memanggilnya untuk merekod kenyataan beliau bagi membantu siasatan dibawah akta hasutan seksyen 4c.

Menurutnya polis mahu merakam kenyataannya berhubung kandungan artikel mengenai Altantuya namun beliau enggan berbuat demikian walaupun mereka berkeras mahu melakukannya.

Beliau berkata, pegawai polis yang menjalankan sesi siasatan terbabit, DSP Rajagopal dan ASP Tan Kok Liang bersam empat anggota lain menghabiskan masa dua jam cuba memujuknya membuat kenyataan itu .

Bagaimanapun katanya, beliau enggan memberikannya kerana kerana mereka tidak sebut apakah tuduhan yang dikenakan dan juga gagal menunjukan laporan polis yang dibuat berkaitan siasatan yang dijalankan seperti yang diminta peguamnya.

“Ini adalah kali keempat saya disoal dalam siasatan berkaitan hasutan, kali pertama Mac 2001, kemudian pada November 2004 dan ketiga berikutan laporan polis yang dibuat keatas saya oleh Muhammad Muhammad Taib.

“Ini adalah tindakan bermotif politik dan saya tidak mahu mengikut rentak permainan politik mereka”, katanya lagi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive