Buletinonline - Menteri Besar Terengganu Mad Said jelas berkata kelmarin sewaktu di temubual oleh akhbar The Edge, bahawa projek yang datang ke negeri Terengganu ada tiga kategori; satu yang dicadangkan oleh kerajaan negeri, satu datang dari ‘orang atasan’ dan satu lagi pakatan antara orang politik dengan para kontraktor, yang dinamakan projek yang ‘didorong’ oleh kontraktor.
Buletin Online meminta maklumbalas dari seorang jurutera JKR berkaitan perkara diatas dan respon jurutera berkenaan sepertimana yang diketahui umum.
”Memang ada penetapan kriteria oleh JKR terhadap pemilihan kontraktor, namun kuasa politik lebih dominan dalam menentukan siapa yang mendapat sesuatu kontrak,” kata Jurutera yang tidak mahu namanya direkodkan.
”Sebagai contoh ada peraturan yang tidak membenarkan sesebuah syarikat mendapat dua kontrak sekaligus dalam satu-satu projek,
”namun itu tidak berlaku pada pembahagian projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).” jelas beliau. more...
May 3, 2008
Pak Lah ... Pemberian Tender Projek-projek di Terengganu ikut kriteria apa ?
Labels: Belit Dollah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment