KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 3, 2008

KENAPA PAKATAN RAKYAT TAK BERSATU?

Radenjowo
Kita percaya, MB Perak DS Nizar bertindak demi tujuan untuk memulihkan keadaan di Perak. 50 tahun Perak berada di tangan UMNO, Peluang habis dilapah.Rasuah habis di tarah dan Jawatan habis di belasah. Maka, dengan pengalaman sepanjang itu, kecacatan Institusi agama di Perak telah rosak dan dipolitikkan oleh UMNO selama ini. Jangan ada sesiapa membantah fakta ini kerana terlalu banyak bukti.

Manakala, YM Sultan pula sukar untuk membantah semua urusan UMNO kerana apa jua yang mereka lakukan harus mendapat persetujuan Perdana Menteri selaku Penasihat kepada raja raja. Dan dia juga lah Presiden UMNO. Tak ke pening tu?

Maka, bantahan Sultan sekiranya dibuat, akan di pandang hina dan media pula terus mengapi apikan keadaan merasuk hati dan fikiran rakyat agar memusuhi Sultan dan Raja raja.

Kerana kebimbangan ini lah maka, Raja Raja Melayu sukar untuk merubah sebarang tindakan sehinggakan insiden di Terengganu baru baru ini. Setelah itu reformasi fahaman telah dibuat secara menyeluruh dan kuasa Sultan perlu dipulihkan untuk mengekang sebarang salah guna kuasa demi kepentingan rakyat.

Setelah 50 tahun di caca marbakan oleh UMNO, kini Jabatan Agama Islam cuba untuk dipulihkan oleh DS Nizar. Namun tindakan yang drastik bakal membuat keadaan menjadi kelam kabut. Tidak dinafikan, sekian lama dendam yang membara dikalangan orang PAS terhadap ketua ketua jabatan yang dilantik oleh UMNO dulu, akan terbalas sekiranya UMNO kalah di sesebuah negeri itu. Tetapi itu persepsi rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat, berlainan pula dengan Sultan.

Baik PAS atau UMNO atau apa jua parti, mereka tetap rakyat Perak dan ini menjadi satu 'guideline' untuk Sultan di dalam membuat sebarang keputusan. Sebarang langkah mempunyai implikasinya. Baik atau buruk akhirnya akan kembali kepada Sultan.

Aku berani katakan, terlalu ramai karat karat UMNO berada di tampuk pemerintahan sesebuah Jabatan Kerajaan. Jangan kata Pejabat Daerah tapi jabatan Agama dan Zakat pun terlibat sama. Perlantikan dibuat atas dasar kepentingan sesuatu pemimpin itu. Lantik seteru, miss soru dan Lantik kawan semua nya boleh tawan.

Kerana itulah maka, sistem kroni menjadi prosidur pertama di dalam sebarang perlantikan UMNO sebelum ini. Mahu ikut cara UMNO?

Kekalahan ke tangan Pakatan Rakyat baru baru ini, tidak pernah terlintas di fikiran semua karat karat ini. Maka sikap ekstreme kepada sokongan UMNO membuatkan mereka tidak selesa dengan kepimpinan kerajaan Baru. Maklumlah budayanya pun lain dari yang lain, untuk melakukan perkara yang korup bertambah sukar dan kemana jua bergerak, terasa ada orang pandang. Semua itu tidak betah dan membosankan.

Perubahan Pengarah oleh DS Nizar sudah dijangkakan akan menimbulkan kontroversi. Ini adalah kerana hal ehwal agama menjadi tanggung jawab Sultan dan Agong. Jika, DS Nizar yang umumkan, sudah pasti menimbulkan bala. Bantahan dari UMNO sudah cukup untuk mengkecohkan keadaan. Ini adalah kerana UMNO lahir untuk kecoh. Bantah tanpa fakta, terikut ikut dan tidak menggunakan akal fikiran. Lihat apa yang berlaku pada isu babi di Selangor.

Manakala, perubahan tampuk JAIP ini sesungguh nya menimbulkan kebimbangan kepada semua kakitangan masjid dan pejabat agama di setiap daerah. Ianya bukan perkara mudah dan akan menimbulkan rasa kurang senang kepada Menteri Besar untuk memerintah pada jangka masa panjang. Jika ini berlaku, perpecahan rakyat akibat ideologi berbeza tidak akan bisa dipulihkan. Maka berlaku lah, sembahyang 2 imam dan pemulauan masjid.

Ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berserakan. Itu yang penting dan siapakah yang boleh melakukan semua ini?

Pada wak, biarkan ia reda seketika. Peralihan kuasa dan jawatan di dalam setiap jabatan dibuat tanpa tergesa gesa. Tidak serentak dan beransur ansur. Biar Sultan yang buat keputusan kerana Sultan dihormati oleh kedua dua pihak. Apa jua yang dilakukan oleh Sultan boleh diterima oleh semua orang. Bukan hanya kepada melayu malah bukan Melayu juga. Maka .... serahkan sahaja kepada Sultan dengan bidang kuasanya. Bukan tidak boleh bantah, tetapi sertakan bukti dan fakta fakta tertentu untuk dijadikan sebagai kepilan kepada sebarang usul dan cadangan. Beri usul, nasihat dan bukti dan selanjutnya serah kepada Sultan. Itu soal Agama tetapi soal lain pula, Kerajaan Perak boleh buat keputusan, tapi jangan lupa minta pandangan YM Sultan. Tunjuk alasan perubahan dan langkah langkah kawalan.

Kelantan mempunyai banyak pengalaman menjadi negeri pembangkang. Kenapa tidak dijadikan sebagai penasihat kepada semua ini? Mungkin ada pihak yang cuba meminggirkan Kelantan? Atau sudah ramai yang pandai dari Kelantan untuk memerintah.

TG NIk Aziz sudah masak dengan semua asam garam pemerintahan. Beliau sudah berdepan dengan banyak masalah dan rintangan sepanjang bergelar Menteri Besar. Beliau bukan MB UMNO yang mempunyai imuniti terhadap undang undang dan serangan media. Bukan hanya dahulu tapi sehingga sekarang.

Pengalamannya cukup berharga untuk dikongsi bersama. Yang menjadi kemusykilan adalah kenapa 4 negeri ini tidak merujuk kepada beliau? Mungkin Pulau Pinang ada cara nya sendiri, tetapi Selangor, Perak dan Kedah boleh bersama TG Nik Aziz sekadar mendapat pandangan. Merujuk kepada isu Pemindahan Pengarah JAIP, sudah pasti nasihat dari Kerajaan Kelantan adalah rujuk dahulu Sultan Perak dahulu. Tidak mungkin TG Nik Aziz mengenepikan faktor ini dalam membuat sebarang tindakan yang bersangkutan dengan bidang kuasa pihak pihak tertentu.

Aku tak dapat membayangkan, kalau sekiranya 4 negeri bersatu bersama dan mengikut kaedah Kelantan, sudah pasti 5 negeri menjadi lebih kukuh. Siapakah yang bakal gusar dengan perkembangan ini?

Aku berkunjung ke Kelantan baru baru ini dan rata rata puak UMNO di Kelantan memberitahu bahawa pencapaian UMNO lebih teruk pada tahun ini berpunca dari Pemimpin Pusat yang turun berkempen disana. Datang dah la 5 tahun sekali dan datang hanya untuk mencaci Kerajaan Kelantan termasuk TG NIK AZIZ. Fitnah rasuah dan pelbagai kritikan yang tidak masuk akal membuatkan orang benci dengan mereka.

Apabila TG Nik Aziz menitiskan air mata, ia terus menghancurkan terus harapan UMNO untuk merampas Kelatan. Ini membuktikan bahawa TG Nik Aziz masih dihormati dan rakyat Kelantan terpaksa menolak janji janji pembangunan hanya kerana TG Nik Aziz. Kemarahan ini tidak hanya berlaku di Kelantan tetapi kepada lain negeri juga, sehingga wajah TANGISAN TG Nik Aziz terpapar di kebanyakan rumah menimbulkan kekecewaan mereka kepada UMNO keseluruhannya. Akhirnya menerima padah dan UMNO tersungkur dengan malunya. Ianya adalah salah satu faktor keputusan PRU ke 12.
Maka ...... berkumpul menjadi kukuh. Kembali kan kepercayaan rakyat, Teguhkan persepsi orang ramai kepada kerajaan Baru. Jangan dituduh gila kuasa kerana tak pernah memerintah sebelumnya. Harus difikir bahawa, sekiranya gagal, yang sesal adalah penyokong kerana manafaat tak dapat, bala pula yang datang. Dituduh tak pandai mengundi hanya kerana ada segelintir rakyat yang mahukan imbuhan dari perubahan kerajaan.

1 comments:

Anonymous said...

wak ...aper komer dok meghapu ni?
macam cacing nak jadi naga lah pulak si MB baru ni. komer pon terikut2.

soal mudah dia sulit-sulitkan. komer pon samer!

dlm pentadbiran negeri2 Melayu, ada Raja yg perlu dirujuk dlm soal pentadbiran. si Jamry tu apapun salah dia, perlu dirujuk pd Tuanku sebelum diambil tindakan.

si MB barua tu ingat dia siapa ?

Posting terkini

Blog Archive