Radenjowo
Baru baru ni adalah sorang jutawan tu meninggal. Punyalah ramai yang puji puji menggunung akan kehebatan mamat sorang nih. Maklumlah bermula dari manusia biasa dan akhirnya maju menjadi orang kaya dan ternama. Bukan mudah beb, kalau di berikan duit modal pada aku pun, tak tentu boleh kaya cam tu. Semuanya kena ada "Skill" yang hebat, baru boleh menempa sejarah cam tu.
Di Malaysia ni, susah sangat lah nak cari orang kaya yang baik. Bukan tak der, tapi tak ramai. Maksud baik tu, baik dari segi agama dan lengkap segala gala kebaikannya. Antara kawan kawan aku pun, ramai yang kaya dengan perangai jahat .... "Ya Rabbi", Tuhan je yang tahu. Dengki, khianat, fitnah, semua pun cukup. DI samping kebijaksanaan mereka di dalam bidang perniagaan. Termasuk ilmu keluar masuk wang dan politik perniagaan.
Berbalik kepada kes orang kaya yang baru meninggal ni, Kes nya baru dikhabarkan. Menurut cerita di dalam akhbar, dia menipu dokumen. Itu kata berita luar negeri, tapi kalau kat dalam negeri, semuanya manis manis belaka. Maklumlah orang dah ternama, memang ada imuniti undang undang, tambah tambah lagi kalau ada 'klik' dengan menteri menteri.
Bila cerita nak jadi brutal ni, aku pun gi lah cari ilmu sikit. Mundar mandir mencari jawapan. ini yang aku temui.
Adalah seorang pakar makanan bercerita dengan aku soal pemakanan. Dia buat kajian dan kajian untuk mengetahui banyak perkara tentang pemakanan dan antara kenyataan yang dibuat adalah,
Menurutnya, Pemakanan membentuk diri individu. Kalau kita makan benda haram, darah yang mengalir itu akan membentuk diri kita. Kalau kita makan babi, maka perangai kita tak ubah macam binatang tu. Maksudnya menyondol tak tentu arah. Berani dan tak peduli apa ada di sekeliling. Pokoknya undang undang pun dia belasah semacam je. Di fikir diri sendiri. Bukan langgar undang undang, tapi dia 'cilok'sipi undang undang untuk elak tindakan. Ekor babi pulak berbelit dan berbelit lah mereka itu.Aku teringat pulak bila seorang kawan india pernah berkata, dia kata
Makan daging lembu banyak sangat pun tak elok sebab boleh jadi kita sangat pemarah dan bengis. Kalau nak elak, kena makan banyak sayuran. Semua benda ni aku buat rujukan dan ramailah yang bersetuju dengan kenyataan tanpa fakta ni. Kalau makan ikan pula, hati kita jadi lembut sikit sebab dia berendam di dalam air. tak tanya pulak, kalau orang makan ular. Adakah dia pun membelit macam ular, itu akutak tau. Mungkin ada juga yang makan katak kerana ramai yang lompat parti sekarang.Kalau nak jadi cepat brutal, kita kena ambil makanan yang berunsurkan pada benda benda brutal cam nih.. Itu korang kena selidik sendirilah. Jangan korang makan daging harimau. Kang tak sempat makan, korang pulak yang kena baham.
Bila makan benda benda cam ni, tak ada rasa takut. Kita main belasah aje. Sikap lemah lembut, sekadar menjadi orang kaya je, kalau brutal akan menjadi jutawan dan lebih brutal akan jadi bilionnaire. Nah...korang fikirlah kedudukan mana yang korang cari. Kalau hati tu cepat kesian dan tidak berkira, nasihat aku, jangan berangan nak berniaga dan jadi kaya. Buang masa. Itu kajian rambang je, jangan korang percaya sangat sangat. Nanti apa apa jadi yang susah, aku jugak.
Mungkin cerita ini boleh dijadikan sebagai sedikit contoh ...... kenapa dunia perniagaan banyak putar belit. Kenapa mereka putar belit dan apa kah yang menyebabkan sesetengah orang itu suka sangat putar belit. Rujuk sini......Rumah urut di salun rambut
0 comments:
Post a Comment