Gangguan Bekalan Air Di Selangor Selama Tiga Hari Mulai 6 MeiNo2umnO - Kalau lambat bayar kena potong bekalan. Kalau lambat bekal, boleh potong tak bill nanti?
bernama - Bekalan air di beberapa kawasan di Selangor dijangka berlaku selama tiga mulai Selasa ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur dan menaik taraf perkhidmatan bekalan itu.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan hari ini berkata bekalan air di kawasan Kuala Selangor akan terganggu selama tujuh jam mulai 11 malam Selasa ini berikutan kerja-kerja pemasangan meter kekal di Jalan Raja Musa 1 dan 2.
Kawasan yang terbabit termasuk Kampung Rantau Panjang, seluruh Sungai Darah Kanan dan Kiri, Kampung Hang Tuah, Kampung Sri Makmur, Estet Raja Musa, Taman Manikavasagam, zon Sungai Gulang-Gulang dan zon Sungai Tengi Kanan.
Kawasan lain yang terbabit berikutan kerja-kerja pemasangan meter kekal di simpang Bukit Belimbing ke Batu 2 di sepanjang Jalan Ujung Permatang ialah Taman Sri Belimbing, Jalan Tok Empat Majid dan Kampung Lubuk Bukit Belimbing.
Gangguan selama tujuh jam mulai 11 malam Rabu ini juga membabitkan kawasan di Kuala Selangor berikutan kerja-kerja pemasangan meter kekal Rantau Panjang Panjang ke Kuala Selangor di sepanjang Jalan Rawang 3, kata kenyataan itu.
Kawasan terbabit termasuk Bukit Badong, Pekan Batang Berjuntai, Kampung Jawa Selangor, Taman Sri Indah, seluruh Batu 8 Asahan, Kampung Kuantan dan Taman Bentara.
Pada hari yang sama, gangguan bekalan air selama 10 jam mulai 8 malam akan berlaku di kawasan Gombak berikutan kerja-kerja pemasangan flow meter di Pam Utara AU3 Baru.
Kawasan terbabit ialah seluruh kawasan AU1 hingga AU3, kawasan Perusahaan bebas Hulu Klang, Keramat Wangsa dan Taman Warisan. more...
May 3, 2008
SIMPAN BEKALAN AIR ANDA !!!
Labels: Peringatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment