KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 3, 2008

Jamry Sury Bermain Api

pisautoreh - Kita sedar, sebagai sebuah kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyat, adalah menjadi tanggungjawab bagi ketua eksekutifnya menentukan kestabilan dan ketenteraman rakyat pimpinannya. Bukan sekadar bermimpi di siang hari menghenyut kerusi empuk di pejabat, MB di negeri Pakatan Rakyat adalah lebih toleran dan lebih telus dalam semua perkara, tidak sebagaimana terbukti masalah yang banyak timbul bagi negeri yang dipimpin oleh MB dari kalngan BN.

Sudah tentu kebijaksanaan Pemaangku Sultan Perak ada rahmat buat MB kesayangannya itu. Wajarlah Mohd Nizar menuruti apa jua nasihat yang dirasakan memberikan faedah kepada kesejahteraan negeri itu sendiri. Malah kita perlu sedar, bahawa segala pertimbangan yang dibuat oleh MB Perak itu bukan didorong oleh nafsu, tetapi semata-mata di atas sikap biadap Datuk Jumry itu sendiri. Dalam soal ini, kita tahu siapa sebenarnya yang kurang ajar dan apa sepatutnya diterima oleh beliau selaku kakitangan awam. Malah, sebagai penjawat awam, Jumry sepatutnya akur dengan aliran pentadbiran yang dilakukan oleh 'bos'nya dan bukan hanya menanguk di air keruh.

Biarlah ianya berlalu kerana perkara telah berlaku. Cuma ingatan kepada semua, kita lihat kebenaran berpihak di sebelah mana. Siapa yang akan melenting kepanasan dan siapa yang akan menelan segala kepahitan akibat kebodohan diri sendiri. Jika hendak dibandingkan kakitangan kerajaan negeri seperti di Terengganu yang diberhentikan terus, kita masih boleh memberi tabik kepada Mohd Nizar di atas keberaniannya itu. Syabas MB, dan Daulat Tuanku!more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive