KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 3, 2008

PKFZ: Lee Hwa Beng sekutu Ling Liong Sik

Laporan China Press: Perlantikan Lee Hwa Beng sebagai Pengerusi Port Klang Authority
dipetik: Malaysiatoday
Kepada Pengarang Mtoday,

Akhbar China Press hari ini memetik Menteri Pengangkutan, Ong Tee Kiat sebagai berkata Agong telah perkenan melantik bekas Adun Subang Jaya menjadi Pengerusi Port Klang Authority yang baru.

Mengikut laporan China Press, Menteri Pengangkutan Ong seterusnya mengarahkan Lee Hwa Beng melantik sebuah badan audit bebas untuk menyiasat akaun Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Berita in amat mengemparkan dengan penglibatan Lee Hwa Beng dalam mengetuai siasatan skandal PKFZ RM4.6 billion yang dijanjikan oleh menteri pengangkutan tersebut. Lee Hwa Beng dilihat sebagai sekutu rapat bekas menteri pengangkutan Ling Liong Sik. Ini adalah satu muslihat awal yang ditunjukkan oleh Ong Tee Kiat untuk tutup sama sekali skandal RM4.6 billion tersebut. Ia juga satu strategi Menteri Pengangkutan menjelang pilihanraya parti MCA untuk dirinya bertanding jawatan timbalan ketua MCA, memandangkan pengaruh Ling Liong Sik masih amat kuat dalam parti. Baru-baru ini, Ong Tee Kiat diberi penghormatan oleh Ling Liong Sik sebagai tetamu kehormat dalam upacara Konvokesyen UTAR.

'Kejujuran Mentari Pengangkutan baru ini dalam janjinya terhadap siasatan skandal PKFZ amat diragui. YB Lim Kiat Siang dalam blognya bertarikh 11 hb. April bertajuk '“RM4.6 billion PKFZ scandal - third Transport Minister to be marred and tarred?” tepat pada ramalannya bahawa Ong Tee Kiat akan menjadi menteri pengangkutan ketiga yang disabitkan dengan skandal tersebut. Jumlah wang dalam skandal ini begitu besar untuk dikongsi sesama mereka. more...

2 comments:

Anonymous said...

Blog ni lah paling bodoh yang pernah saya layari. Penuh dengan kutukan yang berlandaskan hawa nafsu. Ko ni, aku tak tahulah kalau ada 10 orang macam ko dalam pembangkang lebih baik aku sokong Umno dari mana2 parti politik yang ko sokong.

radenjowo said...

MR. ANONY .....

Sila berikan alasan kritikan anda ....tajuk mana dan kenapa. Mungkin ada yang perlu diperjelas dan perbaiki...mudah kalau tidak menggunakan anonymous ....

Posting terkini

Blog Archive