KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 3, 2008

PIBG diminta tidak kenakan yuran tinggi

Bharian - Kementerian Pelajaran menggesa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak mengenakan yuran terlalu tinggi sehingga membebankan ibu bapa berikutan pelbagai bantuan sudah disalurkan kementerian bagi meningkatkan pendidikan murid.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata tindakan PIBG mengenakan yuran tinggi menimbulkan kemarahan ibu bapa, sedangkan kementerian menyalurkan pelbagai bantuan termasuk pakaian seragam percuma bagi merapatkan jurang perbezaan dalam pendidikan murid.

"PIBG diminta janganlah kenakan banyak sangat yuran sebab kementerian melalui sekolah sudah membekalkan pelbagai bantuan seperti, tuisyen, rancangan makanan tambahan, program susu sekolah, biasiswa kecil persekutuan (BKP) dan juga Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). more...

No2umnO - Kerajaan minta PIBG tidak kenakan yuran tinggi? Soalan yang penting .... kepada Kementerian adalah ..... Kenapa perlu ada yuran PIBG? Kenapa Kementerian tidak minta dihapuskan terus yuran PIBG memandangkan semua kemudahan dah diberi sebagaimana yang dikata? Siapa yang betul, siapa yang bohong ni?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive