KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 3, 2008

Najib disiasat kes Altantuya

Kalau lah kerajaan BN tidak lagi memerintah begitu lah mungkin TAJUK berita yang akan kita dengar ...... tetapi selagi BN memerintah, maka ini lah tajuk yang kita akan baca Petra disiasat kes Najib-Altantuya.


raja petra police questioning 020508 reporterskemaskini 6:28pm Polis menyerbu rumah Raja Petra Kamaruddin pagi ini berhubung siasatan mengenai tulisannya yang menyentuh timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.
Seramai lapan anggota polis tiba di rumah beliau pada jam 9 pagi tadi dan menyoalnya berhubung tulisan tersebut.
Pasukan tersebut diketuai oleh DSP Victor Sanjos dari bahagian jenayah siber Bukit Aman.
Polis yang berada selama dua jam di rumahnya, turut merampaskan komputer ribanya.
Raja Petra mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Katanya, polis memberitahunya bahawa beliau disiasat bawah Akta Hasutan.
Beliau diarahkan hadir di bahagian jenayah siber di Bukit Perdana jam 4 petang dan dibebaskan lebih dua jam kemudian, kira-kira 6.20 petang.
Ketika dihubungi, Victor berkata, laporan terhadap Raja Petra dibuat oleh ketua pegawai penyiasat kes pembunuhan wanita Mongolia itu, Supt Gan Tack Guan. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive