serkamvelley | Pertama mula saya nak nyatakan perasaan terkejut saya apabila mendapat berita bahawa ceramah Sdr Ezam di Kelantan baru-baru ini hanya dihadiri tidak sampai 100 orang. Saya memang tahu di Kelantan bukan lah tempat untuk Sdr Ezam `menjual' sumpah keramatnya, tetapi tidak pula saya terfikir begitu sampai hati rakyat Kelantan menghukum dan memalukan Sdr Ezam. Jika begitu lah keadaannya, ternyata Sdr Ezam masih berada di bawah ranking Anuar Musa di Kelantan. Tetapi apa yang nak dikata, sudah nasib Sdr Ezam begitu.
Tetapi yang lebih memalukan pula, Sdr Ezam ini cuba memberi kuliah kepada rakyat Kelantan khususnya kepada penyokong-penyokong PAS agar tidak bersekutu dengan Pakatan Rakyat khususnya parti bos nya dulu iaitu DS Anwar. Cuma, beliau tidak berani untuk mencadangkan PAS sertai UMNO seperti beliau telah lakukan. Kenapa? Sebab beliau pun tahu PAS yang suci bersih itu masakan layak tidor sebantal dengan UMNO. Takkan daging yang disembelih boleh dimasak satu kuali dengan daging yang tidak disembelih. Bahkan Sdr Ezam akui PAS memang komited dengan perjuangan Islam, sebab itu PAS tidak sesuai berada bersama Parti KeAdilan Rakyat semata-mata kerana DS Anwar pemimpinnya. Yang peliknya, Sdr Ezam pernah berkata dia berjuang kerana prinsip Islam sebab itu lah dia serta UMNO. Kenapa tidak PAS? Sebab PAS belum berkuasa, buat apa Sdr Ezam duduk bersama PAS. Lebih baik bersama orang yang berkuasa. Andaikata PAS InsyaAllah, lepas ini pula berkuasa, Sdr Ezam mungkin akan sertai PAS tinggalkan UMNO dan membuka satu lagi `Sumpah Keramat'nya dan mengeluarkan balik `kotak-kotak' yang ada dalam stor di rumahnya itu.
Saya simpati dengan nasib yang menimpa Sdr Ezam. `Penyakit gila talak' yang dialaminya sekarang semakin serius. Sudah berapa bulan Sdr Ezam melalak bersumpah, mencabar dan macam-macam lagi yang keluar dari mulut beliau dan dijaja ke hulu ke hilir. Beliau tiba-tiba terasa maruahnya dicabar, sedangkan semuanya tahu semenjak dia istihar keluar dari GERAK dan tersengih-sengih hulur borang memasuki UMNO kepada Pak Lah, ketika itu maruah beliau hilang sekelip mata. Pada pandangan rakyat ketika itu, Sdr Ezam telah `melondeh'kan seluarnya sendiri seperti dia pernah `menelanjangkan' Pak Lah di Kepala Batas dan Najib di Pekan.... selanjutnya.
KENAPA KETUA PEMUDA UMNO TAK MENGAMUK
6 minutes ago
2 comments:
tak ada apa yg Ezam nak rasa malu.
Kamarudin Jaafar dan Nashrudin sepatutnya lebih rasa hina sebab jadi talibarut Anwar untuk kuasai PAS.
tak gitu, brader?
p/s : terima kasih Wak kerana menarik balik kuasa 'admin' drpd orang yg gila kuasa tu !
Mula-mula UMNO, lepas tu PKR...la ni UMNO balik. Setiap kali dia lompat (2 kali) mcm-mcm rahsia dia tahu dan nak hebohkan. Org mcm ni blh jadi pemimpinke?
Post a Comment