KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 13, 2008

Dr. Mahathir terus asak Abdullah bersara sekarang

MStar | ..."Percayalah jika Umno dan Barisan Nasional (BN) hendak dipulih supaya tidak kalah lebih teruk dalam pilihan raya umum ke-13 berbanding pilihan raya umum ke-12, Datuk Seri Abdullah perlu letak jawatan sekarang juga," kata beliau dalam blognya hari ini.

Dr. Mahathir yang keluar daripada Umno Mei lalu menambah, sesiapa juga yang dipilih hendaklah diasingkan daripada bayangan Abdullah supaya pengaruhnya dan ketamakan konco-konconya tidak lagi dapat merosakkan negara.

"Apabila ini berlaku maka kepemimpinan baru dan seluruh jentera parti boleh digerak dengan semangat yang baru untuk berusaha menarik balik ahli dan penyokong yang telah undi parti lawan atau merosakkan undi pada pilihan raya umum ke-12," katanya.

Dr. Mahathir memberikan kepimpinan Abdullah mengetuai Umno dan kerajaan sebagai alasan keluar daripada parti itu dua bulan lalu.

Katanya, beliau tidak akan kembali ke Umno selagi Abdullah memegang jawatan Presiden parti.

Dr. Mahathir yang menyerahkan kepimpinan BN dan parti kepada Abdullah pada Oktober 2003 memberitahu, kerajaan perlu disusun semula supaya dapat menghadapi dan mengatasi masalah ketidakstabilan politik, masalah ekonomi yang telah rosak dan tekanan politik dan ekonomi dari luar negeri.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive