chegubard | Datuk Hashim Yahya, bekas Mufti Wilayah Persekutuan akan mengimamkan Solat Maghrib dan solat hajat di kediaman Anwar Ibrahim. Semua dijemput hadir bersama. Anwar dan barisan peguam akan turut hadir untuk memberikan maklumat terkini.
Dalam perkembangan terbaru, ketika ini Anwar Ibrahim dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur telah dihubungi dan diberitahu bahawa seramai 15 orang pegawai polis berada di kediamanya di Segambut untuk menghantar satu surat (kemungkinan makluman waran atau arahan hadir ke Balai Polis).
Bersama kita berdoa. Penyokong di minta tenang dan sentiasa berusaha mendapatkan maklumat terbaru dari sumber yang sahih.
Kediaman Anwar beralamat di No 13, Jalan 3/61, Bukit Segambut.
Adakah DSAI akan ditahan paling tidak sementara untuk menghalang DEBAT Minyak....?
Isnin Anwar Ibrahim akan ke Balai Polis Travers untuk memberikan kenyataan seperti yang dikehendaki polis pada jam 2 petang.
Jul 13, 2008
Jemputan Solat Hajat di Rumah DSAI - Polis kini berada di Bukit Segambut
Labels: Anwar Ibrahim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment