marhaen | ...Bila disiarkan sebentar tadi dalam buletin 1.30 Ezam kata jangan sampai dia bersumpah mendedahkan siapa Anwar Ibrahim jika dia dihina mendapat jutaan ringgit kerana menyertai UMNO keluar dari mulut Anwar atau pun Wan Azizah. Terfikir sejenak, aku keliru, bab sumpah ni bagi manusia yang bernama Ezam sudah menjadi kebiasaan. Keluarkanlah CD Ceramah Ezam dulu-dulu, bukan takat Sumpah Keramat atau Sumpah Seranah lain tapi menyumpah dengan UMNO sampai satu tahap kepada AHLI UMNO kena tanya la kepada Ezam. Jangan tanya Ezam 'Apa Yang U Maki Umno' tapi tanya dia 'Apa Lagi Yang U Tak Kata Kat UMNO' masa dalam PKR. Habis sumpah seranah & ucapan yang keluar dari mulut Ezam hingga waktu itu anak muda menjadikan dia sebagai ikon keberanian menentang kezaliman pemerintah.
Kenapa nak tunggu keluar dalam mulut Anwar atau Wan Azizah? Untuk pengetahuan Ezam, saya sempat berjumpa dengan teman seperjuangan anda dulu dari Pulau Pinang, sekarang ini mereka ialah Exco Angkatan Muda Malaysia iaitu saudara Amizudin Ahmat & saudara Zulkifli Ibrahim, bagaimana respon Dato' Seri Anwar berkenaan isu Ezam sibuk nak cabar Anwar. Jawapan Anwar cukup untuk menjawab cabaran daripada Ezam, Anwar maklumkan 'Biar la, dia nak belajar macam mana politik. Banyak lagi agenda kita kepada rakyat'. Terfikir pula saya, bila Ezam mengatakan bahawa nak tunggu keluar dari mulut Anwar nak sentuh berkenaan nama EZAM. Buang masa Ezam nak tunggu, bukan Anwar sahaja bahkan ramai kalangan pimpinan pusat termasuklah Din & Zul yang Ezam kenal cukup rapat dengan mereka ini pun tak pernah nak usik atau menghina Ezam.
Saya juga mendapat tahu bahawa AMK Pusat pernah membangkitkan isu berkenaan cabaran & keceluparan saudara. Sekali lagi saudara diselamatkan oleh saudara Amizudin, Zulkifli, Abd Rahman & beberapa lagi teman Exco untuk tidak membincangkan mengenai Ezam sehingga mereka telah membuat keputusan abaikan dari melayan karenah kebudak-budakan Ezam dengan menumpu kepada misi pembangunan membawa agenda rakyat serta memperkasakan parti. Saya rasakan ada dua kemungkinan tindakan itu dibuat, sama ada Exco AMK Pusat masih sayangkan Ezam sebab itu mereka tidak mahu pukul habis-habisan Ezam dalam pentas politik ataupun Exco AMK Pusat tidak pernah menganggap kewujudan Ezam di pentas politik. ... selanjutnya.
no2umno - Nilai kejujuran terletak pada kata kata. Ezam tersilap sebut........Perlu di sogok untuk tutup cerita. Itu lah Ezam sebenarnya. Ko bongkar aib aku, baru aku bongkar aib kau. Kalau kau tutup, aku pun tutup. Betul kah cara itu? Itu lah sebab, 6 kotak sampai sekarang tak terbongkar bongkar.
Orang tua pernah pesan. "Cakap biar kurang, nanti orang tahu kita temberang."
KENAPA KETUA PEMUDA UMNO TAK MENGAMUK
11 minutes ago
0 comments:
Post a Comment