Massive renovations to Ezam's already massive house in Shah Alam, started since he joined Umno
chegubard | .... (surat dari Bayan Baru) Salam sejahtera kepada semua teman-teman seperjuangan.Terpanggil saya menulis adalah untuk rasa hati yang memberontak kesan tuduhan serta lemparan kata nista serta cerca daripada AHLI UMNO CAWANGAN DI BAHAGIAN PETALING JAYA,Ezam Md Nor satu-satunya anak Pak Md Nor yang bernama Ezam.
Kehairanan saya timbul kerana setiap hari batang tubuh yang bernama Ezam makin menjadi-jadi cabarannya umpama kata orang tua-tua Bagai Murai Tercabut Ekor.Mengelabah,Meracau,Merapu & Melalut seperti orang yang mabuk.Kenapa yang dia sibuk setiap kali mengajukan cabaran seperti dalam Buletin 1.30 TV3 suku sebentar tadi?Kenapa dia mahu menjadi jaguh tatkala semasa dalam PKR dahulu maki hamun kepada UMNO terutama kepada insan-insan yang menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat.Teringat taklimat semalam bersama seluruh kepimpinan PKR Bahagian & AJK Perhubungan & AMK Negeri Pulau Pinang apabila Dr Mansor Othman MPT keadilan pusat yang menjawab soalan salah seorang hadirin dalam taklimat.Jawapan Dr Mansor cukup ringkas,”saya tak mahu komen biarlah anda semua nilai sendiri sebab kalau ceramah ezam di pentas keadilan,saya pun tak gamak nak kata macam dia dok ceramah,kasar betul”
Bila di siarkan sebentar tadi dalam buletin 1.30 Ezam kata jangan sampai dia bersumpah mendedahkan siapa Anwar Ibrahim jika dia di hina mendapat jutaan ringgit kerana menyertai UMNO keluar dari mulut Anwar atau pun Wan Azizah.Terfikir sejenak,aku keliru,bab sumpah ni bagi manusia yang bernama Ezam sudah menjadi kebiasaan.Keluarkanlah CD Ceramah Ezam dulu-dulu,bukan takat Sumpah Keramat atau Sumpah Seranah lain tapi menyumpah dengan UMNO sampai satu tahap kepada AHLI UMNO kena tanyala kepada Ezam.Jangan tanya Ezam ‘Apa Yang U Maki Umno’ tapi tanya dia ‘Apa Lagi Yang U Tak Kata Kat UMNO’ masa dalam PKR.Habis sumpah seranah & ucapan yang keluar dari mulut Ezam hingga waktu itu anak muda menjadikan dia sebagai ikon keberanian menentang kezaliman pemerintah.... selanjutnya.
KENAPA KETUA PEMUDA UMNO TAK MENGAMUK
22 minutes ago
0 comments:
Post a Comment