UMNO memang muka tak tau malu. Penyakit mengambil hak kerajaan untuk dijadikan hak sendiri, memang dah lama dipraktikkan. Banyak PBT yang sehingga kini menghadapi masalah dengan puak puak UMNO. Terutama tentang dewan dewan yang di dirikan menggunakan wang rakyat tetapi di salah gunakan. Dewan digunakan untuk aktiviti parti dan diluar dewan di letakkan sepanduk parti UMNO tanpa rasa segan dan malu. Sedangkan dewan tersebut untuk di gunakan rakyat tidak kira parti dan fahaman.
Apabila kerajaan negeri bertukar tangan, baru ramai yang tahu bahawa sebilangan kunci dewan dewan serbaguna, di pegang oleh ketua cawangan. Menyedihkan lagi, setelah kerajaan berubah, kunci kunci tersebut tidak mahu di pulangkan kepada PBT. Keadaan ini berlanjutan selepas kira kira 3 bulan selepas Kerajaan BN kecundang.
Kini, Parlimen mahu dijadikan harta BN. Rakyat di tegah untuk berkumpul. Sedangkan dewan di beri nama sebagai "DEWAN RAKYAT". MP hanya menjalankan tugas dan tanggung jawab untuk mewakili rakyat di dalam Sidang Parlimen.
Esok ... Rakyat di larang untuk berada 5 kilometer dari Parlimen. Larangan tersebut di keluarkan oleh Nazri Aziz. Sehari selepas larangan itu dibuat, pihak polis pula membuat sekatan jalanraya dengan alasan pembangkang mahu adakan perhimpunan. Surat larangan yang dikeluarkan oleh Mahkamah, melarang DS Anwar dan penyokongnya menghampiri bangunan tersebut. Sedangkan Anwar tidak tahu menahu tentang sebarang perhimpunan.
Yang nyata, pada hari esok, satu usul tidak percaya kepada Perdana menteri akan di buat di Dewan Rakyat. UMNO dan BN kelihatan panik. Apa muslihat sekatan itu, kita tak tahu. Samada larangan dan sekatan jalanraya di buat untuk rakyat ataupun untuk MP yang bakal menyokong usul tersebut
Kalau lah Rakyat tidak boleh berkunjung ke Parlimen, maka eloklah Parlimen dijadikan sahaja hak UMNO. Kalau dulu dewan serbaguna di rampas oleh BN dan UMNO, selepas ini UMNO mensasarkan dewan rakyat sebagai hak peribadi mereka pula. Bila nak buang tabiat buruk ini, kita tak tahu. Hidup ibarat, Hidung tak mancung, pipi tersorong sorong.
Selepas ini, tukarkan sahaja nama Bangunan Parlimen dan dewan rakyat sebagai "Dewan dan Bangunan BN'. Biar UMNO dan BN puas hati. Mungkin selepas itu baru puas hati mereka.
Baca juga artikel dari blog Aminiskandar.
KENAPA KETUA PEMUDA UMNO TAK MENGAMUK
21 minutes ago
1 comments:
salam...
org terdesak mmg macam nie..
lepas nie habis askar2 dikerah utk kawal kl,putrajaya...
takot pada bayang2 sendiri..
bengong punye umno....
@#@$#$#^&^$*&$%@! btol la umno nie....
Post a Comment