harakahdaily | ....Ustaz Azizan dan Abdul Hadi pada ceramah tersebut sama-sama menyentuh mengenai gejala fitnah.
Memulakan ceramahnya, Ustaz Azizan membacakan maksud daripada ayat Quran yang menjelaskan bahawa orang yang memfitnah lelaki atau perempuan mukmin akan dibakar oleh api neraka.
"Orang-orang ini kerjanya memfitnah, kerana dia senang mencari makan dengan kerjanya membuat fitnah. Saya kata kepada mereka jangan membuat fitnah kerana orang yang buat fitnah ini dia mencari makan dengan cara fitnah.
"Dapat rezeki sama ada dia wartawan atau pemberita, bawa balik bagi anak isteri makan. Jadi dia beri anak isteri makan harta haram dan hidupnya pasti tidak diberkati," tegasnya menghuraikan gejala fitnah yang menjadi-jadi sekarang ini.
Sementara itu, Abdul Hadi pula menyentuh peranan media agar tidak menggunakan kebebasan yang diberikan dengan menyiarkan fitnah.
Jelasnya, akhlak-akhlak kepimpinan Islam yang ditulis oleh para ulama di dalam kitab feqah diambil oleh orang barat dan diamalkan dalam demokrasi barat.
"Dalam dunia barat terdapat kebebasan akhbar, kebebasan media. Bukan bermakna kebebasan media ini Islam membenarkan gambar-gambar lucah, itu mengarut. ... selanjutnya.
KENAPA KETUA PEMUDA UMNO TAK MENGAMUK
7 minutes ago
0 comments:
Post a Comment