Seronok juga baca berita lama pada pagi hari Ahad. Beserta segelas kopi panas dan biskut kering dengan keriuhan anak anak kat sekeliling. Aku belek cerita lama yang diterbitkan Harakah dulu.....kita kongsi bersama, mana lah tahu ada memori lama yang mahu di kenang kembali.....
Dalam jangka masa dua hari sahaja, media-media arus perdana mensensasikan laporan 'skandal' membabitkan Ketua Pengaah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato' Zulkipli Mat Noor sekaligus mengundang kenyataan balas dari Pejabat Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.Dulu Ezam tak macam tu, sekarang Ezam dah berubah. Semua di depan mata, kawan kawan keliling semua baik baik belaka. Yang dia tak jumpa adalah bekas pengarah BPR yang tidak disambung jawatan. Sementara yang masih di kekalkan oleh Pak Lah adalah Gani Patail dan Musa Hassan. Tapi Ezam yang dulu nya menyerang, sekarang Ezam berkawan. Dia hanya nampak bunga dan ciumnya hanya wangi bagaikan di syurga. Hanya Bidadari dan Malaikat berada di depan mata.
Namun, pihak yang paling layak untuk memberi kenyataan dan mengambil sebarang keputusan berhubung dakwaan ke atas Zulkipli iaitu Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi masih berdiam diri kerana seperti biasa PM dengan sikap membisunya. ........bla bla bla
Ezam yang dihubungi Harakahdaily hari ini mengecam sikap berdiam diri PM tatkala isu ini sedang hangat diperkatakan, dan tindakan itu menimbulkan kecurigaan memandangkan beberapa laporan yang dibuat Gerak terhadap PM dan Tun Mahathir tentang keterlibatan dua pemimpin ini dalam pengagihan kontrak kepada anak menantu masih tidak disiasat oleh Zulkipli.- Harakahdaily
Aku pada awalnya tidak mahu sentuh tentang soal Ezam kerana beliau ini ku kira sebagai penyelamat kepada UMNO. Kalau UMNO buruk, boleh dipulihkan. Kalau rasuah, sekurang kurangnya boleh lah di kurangkan. Puji Ezam pada Pak lah apabila kononnya hasrat Pah Lah untuk ubah sistem kehakiman. Bila di campur dengan niat murni Ezam, UMNO bertambah baik pada masa akan datang. Rupanya harapan meleset, rama rama berubah jadi pelesit.
Dia tak macam dulu. Ku sangka panas hingga ke petang, rumah nya hujan sejak subuh. Ada muslihat rupanya. Kerja dulu belum pun selesai, kini cerita pasal cerita baru. Tugas dulu bersama Gerak dan PKR tergantung gantung tiada penghujung, kini buat cerita baru. Telur belum menetas, tokey dah tutup kedai. Buat kedai baru, jual terung dan timun. Modal dulu entah kemana, sekarang membazir buat cerita baru dengan modal baru. Bila modal orang dah beri, tak payah kira untung dan rugi. Semuanya di belasah, kerana aku tak untung, aku tak rugi.
Kini Ezam tunjuk jaguh menyerang dan mengugut. Ezam dah lawan tawkey. Macam macam cerita yang di hebahkan. Kalau Saiful Bukhari boleh tuduh bekas boss nya dengan kes meliwat, kini Ezam kritik macam macam, setiap malam.
Kalau dulu, kemana mana pergi bersama. Minum semeja, pidato sepentas, kini diorang dah asing asing. Yang baik semuanya Ezam dan yang buruk semuanya Anwar. Ntah apa yang merasuk Ezam, aku pun tak pasti. Kalau nak dedahkan buruk Anwar dan PKR, ketika bersama GERAK pun dia boleh buat. Tapi tunggu ... tawaran belun datang, rahsia perlu di simpan. Bila dapat kerja baru, boss suruh bongkar, Ezam kembali jadi jaguh buat lapuran. Mata pandang ke dapan. Buruk di belakang, Ezam dah tak pandang.
Mungkin payroll sudah lain. Maka sikap amanah pada boss selagi boss bayar gaji. Kalau lepas ni ada pihak lain yang tawarkan gaji lebih lumayan, Ezam boleh berkhidmat lebih cemerlang. Ini lah kawan yang bersama berkongsi pendapat dan cerita bersama Anwar dulu. Selepas ketawa dan menangis bersama, kini cerita lama dibongkar untuk buat modal. Amanah sungguh si Ezam.
Muka nampak bersih, tapi hati siapa yang tahu. Kata mat salleh, "Jangan nilai buku dari kulitnya". Kalau nak di nilai Ezam, pepatah ini memang secocok. Siapa agaknya mahu kongsi cerita bersama Ezam kali ini? Sudah fikir masak masak? Sekarang kongsi cerita suka duka, esok dia jadikan modal belasah kita.
Lembu pegang pada tali, Manusia pegang pada janji. Kalau Manusia tak boleh pegang pada janji, perlunya manusia di panggil lembu. Asyik asyik lembu yang kena. Yang pasti lembu masuk syurga, manusia terumbang ambik antara syurga dan neraka. Kepada Pah Lak ..... dulu kau di maki, sekarang kamu di puji. Kepada Anwar, dulu kamu di puji, sekarang kau di maki.
Kepada pengikut ... fikir sejarah, baru cerita tentang sokongan. Kalau setakat di berikan upah untuk berkokok. Orang lain akan senang, kamu pasti terbongkang. Sokong ada musim. Benci pada politik kerana kawan jadi lawan dan lawan jadi kawan. Ezam dan Pak Lah ... dulu kawan, kemudian lawan dan akhirnya menjadi kawan semula. Tapi kawan dulu tak macam kawan sekarang. Banyak rahsia perlu di tapis. Kalau tak .... tak cukup tanah nak lari, kawan boleh jatuhkan diri. Semuanya gara gara, kawan boleh di beli.
0 comments:
Post a Comment