kickdefella | Usul hilang percaya pada Abdullah tidak dapat tidak, harus dibentang dan wajib disokong oleh ahli-ahli Parlimen dari UMNO terutama Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.
Pengumuman Abdullah tentang proses penyerahan kuasa kepada Timbalannya Najib Razak pada Jun 2010 menandakan bahawa,
- Tekanan terhadap Abdullah supaya melepaskan jawatannya begitu kuat di dalam UMNO.
- Majlis Tertinggi UMNO telah menerima bahawa Abdullah adalah liabiliti kepada UMNO dan menyokong tekanan akar umbi supaya Abdullah berundur.
- Tiada pihak yang didalam UMNO yang menggesa Abdullah menarik balik keputusannya dan ini bermakna, UMNO secara keseluruhannya menolak kepimpinan Abdullah.
- Parti-parti rakan UMNO dan komponen BN tidak merasa terkejut atau menolak cadangan penyerahan kuasa Abdullah itu.
- Perdana Menteri Malaysia sekarang, Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menikmati sokongan majoriti ahli-ahli partinya.
- Perdana Menteri Malaysia sekarang, Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menikmati sokongan majoriti pemimpin-pemimpin partinya.
- Perdana Menteri Malaysia sekarang, Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menikmati sokongan majoriti ahli-ahli parlimen UMNO dan parti-parti komponen BN.
- Abdullah tidak boleh kekal sebagai Perdana Menteri apabila dia tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.
- Abdullah tidak boleh menjadi Perdana Menteri apabila dia tidak lagi mewakili majoriti anggota Dewan Rakyat.
- Satu Usul Hilang Percaya terhadap kepimpinannya perlu dibentangkan, dibahaskan dan satu undian perlu dilakukan.... selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment