KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 14, 2008

Pulau Pinang cetus ‘tsunami’ kedua, 11 ribu sertai keADILan

Malaysiatoday - [...] PERMATANG PAUH : keADILan Negeri Pulau Pinang mencipta satu lagi ‘tsunami politik’ di negeri itu, apabila parti tersebut menerima kemasukan ahli baru seramai 10,997 orang dalam tempoh dua bulan selepas menawan ‘negeri Perdana Menteri’ bersama rakan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Ketua Pembangkang Parlimen yang juga Presiden keADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menerima borang ahli baru tersebut yang diadakan di Dewan Orang Ramai di Tapak Ekspo Seberang Jaya, dekat sini baru-baru ini.

Majlis bersejarah itu turut meleburkan impian Malaysian Indian United Party (MIUP), yang pro Barisan Nasional (BN) pimpinan Dato’ Nallakaruppan yang cuba bertapak di negeri itu, apabila ahlinya seramai 2000 orang yang diketuai Pengerusi MIUP Pulau Pinang, L. Balasubramaniyam mengumumkan keluar parti, sekaligus kesemua 13 bahagian penajanya dibubarkan.

Tiga belas bahagian itu ialah Kepala Batas, Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Batu Kawan, Nibung Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau, Jelutong, Bukit Glugor, Bukit Bendera, Tanjung dan Bagan.

Berucap pada majlis tersebut, Azizah berkata selepas 10 tahun berjuang untuk ketuanan rakyat, akhirnya rakyat negeri itu mencipta gelombang ‘Makhal Sakthi’.

“Kita mengalu-alukan mereka yang telah menyertai Parti keADILan Rakyat. Parti kita parti muda, parti bertenaga, parti kita berteraskan keadilan untuk semua,” ujarnya.

“Kita mahu semua rakyat Malaysia bersama-sama kita, marilah bersama-sama kita ubah sistem yang korup, sistem yang tidak adil dan sistem yang zalim,

“Insyaallah, kita boleh tukar kerajaan tidak lama lagi,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh....selanjutnya [KLIK DI SINI]
No2umnO - "tok tok tok ....... are u readeeeyyyy !!! Now Philharmonic Orchestra will back us up....
We sing the same lyrics.... This is UMNO new song !!! It's Call UMNO si Katak lompat.

Lompat si katak Lompat,
Lompat la tinggi tinggi,
"Oppppsss Stop !!!..... Aku dengar macam suara sumbang, .....lagi sekali ........ !!!

Lompat si katak Lompat,
Lompat la tinggi tinggi,
Biar BN terperanjat,
Adun lompat keluar parti,

Lompat si katak lompat
Lompat tepi perigi
Adun Sabah melompat (Tukar lirik: BN penang melompat)
BN menangis tercabut gigi.

Posting terkini

Blog Archive