KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 14, 2008

Siapa di belakang Karpal?

mstar - [...] Ketuanan Melayu sekali lagi teruji apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan lantang mempertikaikan ‘campur tangan’ Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury atas arahan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Karpal begitu yakin bermain dengan api yang sekarang ini sedang marak menyala tatkala isu paling sensitif yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan dan peranan Raja-raja sebagai ketua agama Islam cuba digoncang. Hati-hati bermain api, kelak nanti terbakar diri!

Siapa Karpal dan apa haknya untuk mempertikaikan bidang kuasa Raja-raja Melayu? Wujudkah agenda tersembunyi di sebalik kelantangan beliau itu?

Sukar diterima akal seorang peguam berpengalaman seperti Karpal seolah-olah ‘terlepas pandang’ mengenai perkara besar seumpama ini.

Ini bukan perkara remeh yang boleh dicuit atau dicubit untuk dibawa bergurau apatah lagi bila mempersoalkan kuasa dan peranan ketua agama yang terletak di bawah tanggungjawab Raja-raja Melayu.

Nampaknya Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu masih belum puas dalam usahanya untuk menyangkal kuasa Raja-raja Melayu kerana beliau juga sebelum ini petah mencabar bidang kuasa tertinggi itu apabila pernah menyaman Sultan Selangor pada 1987.

Keberanian Karpal menyaman Sultan Selangor ketika itu atas satu isu yang mengundang tindak balas seorang guru silat, Allahyarham Kiyai Arshad Mohd Gamat yang bertindak menampar Karpal di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur....selanjutnya [KLIK DI SINI]

3 comments:

Anonymous said...

ketuanan melayu tu apa?.saya pergi pasar bangi,dlm pasar penuh indon berniaga,mcm mini jakarta pulak.apakah itu yg dimaksudkan org melayu jadi tuan dan indon jadi kuli?.bila di luar pasar org melayu berniaga dgn angkut meja,hampar plastik...tak tau mana tuan...mana bukan tuan.tapi yg jelas dlm pasar mcm warisan umno!.

Anonymous said...

den takfikir PKR sokong utuh dibelakang karpal.........

dan jgn le memandai cakap cm tuu...
sebab den caye stetment DSAI bukan ke arah tuu....

cuma jika karpal salah maka org lain yg salah mesti turut serta dihukum sama.....

bru adil....
dengan kata lain.....tidak perlu dipolitikkan isu nii.....

Anonymous said...

Saya setuju dengan karpal. Penukaran pegawai kerajaan negeri atau persekutuan adalah urusan pentadbiran. Tidak ada kena megena dengan urusan agama.

Posting terkini

Blog Archive