KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 30, 2007

2008 TAK MENJANJIKAN KEMANISAN

dipetik: tuntelanai.blogspot

Tahun 2008 akan menjelang dalam tempoh 2 hari lagi. 2008 tidak akan menjanji apa-apa untuk rakyat. Rakyat pada keseluruhannya akan menerima nasib lebih malang lagi di bawah pentadbiran UMNO. Walaupun, Najib Tun Razak ketika merasmikan persidangan tahunan Parti Bersatu Sabah pada 29 Disember kelmarin, menyatakan bahawa hanya BN [baca: UMNO] sahaja yang boleh membawa kebahagiaan [kemakmuran] kepada rakyat. Namun, bagi rakyat yang celik mata hati boleh membuat penilaian terhadap UMNO/BN [dulu Perikatan] yang telah memerintah lebih daripada 50 tahun. Cakap soal dasar apa pun yang dirangka dan dilaksanakan oleh UMNO semuanya mengalami KEGAGALAN. Dalam tulisan ini saya ambil dua contoh sahaja sebagai renungan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu.

Contoh paling menghiris perasaan orang Melayu [membawa maksud bumiputra lain juga] ialah : Pertama, kegagalan Dasar Ekonomi Baru [DEB]. Setelah lebih 30 tahun DEB dilaksanakan, ekuiti bumiputra hanya mencapai sekitar 18%, tidak menepati sasarang yang ditetapkan sebanyak 30%. Kalau dulu, British atau pelabur asing yang menguasai ekonomi Malaysia, tetapi sekarang kaum Cina yang menguasai sepenuhnya ekonomi Malaysia.

Berapa banyak harta dan nilai perniagaan yang dimiliki oleh orang Melayu di seluruh bandar-bandar besar di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang [tempat PM sendiri], Johor Bahru [negeri UMNO] dan Ipoh?

Adalah diharapkan Najib dan wakil-wakil rakyat UMNO tolong jawab perkara ini. Jangan menjerit-jerit tidak tentu pasal macam orang gila dirasuk syaitan. Cerminkan diri dulu apabila bercakap mengenai perkembangan ekonomi orang Melayu dan bumiputra lainnya. Kegagalannya adalah berpunca daripada perbuatan kianat para pemimpin UMNO terhadap bangsa Melayu. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive