KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 30, 2007

SUDAH TIBA MASA KEPIMPINAN SHAHIDAN DITUKAR


dipetik: sahabatgunung9506.blogspot.com

Apa dah jadi dengan Perlis ini? Dengar khabar dari Negeri Kayangan tu, budaya berpuak-puak dalam parti wujud di Perlis menyebabkan semangat kerjasama antara ketiga-tiga Parlimen - Kangar, Padang Besar atau Arau hilang, malah semangat perpaduan sesama ahli dalam bahagian juga turut lenyap.

Baru ada tiga kawasan parlimen, tapi kecohnya mengalahkan Selangor atau Johor yang ada berpuluh-puluh bahagian. Namun, ia harus dipandang serius oleh kepimpinan UMNO Pusat memandangkan masalah Perlis ini kalau tidak diperhalusi segera, ia boleh mengundang parah dan bencana dalam Pilihanraya Umum akan dating.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad telah mencadangkan secara terbuka meminta Menteri Besar Perlis yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, memberi laluan kepada kepemimpinan baru untuk menerajui parti itu di Perlis kerana sudah sampai masanya Perlis mengambil tindakan drastik dengan memilih kepemimpinan baru untuk menerajui parti, apatah lagi dengan keadaan politik di negeri itu yang dianggapnya semakin kucar-kacir, sejak akhir-akhir ini.

Ketika bercakap selepas Majlis Taklimat dan Perasmian Gerak Kerja Pilihan Raya UMNO Bahagian Padang Besar, katanya sudah jelajahi semua negeri di Malaysia untuk menyelia perjalanan jentera pilihan raya serta perjalanan UMNO selain menyampaikan amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun, beliau sedih melihat negeri sekecil Perlis dengan hanya tiga parlimen, mengalami kemelut dalaman politik yang amat hebat sehingga menjadi bahan gelak ketawa negeri lain.

Katanya, beliau sendiri pelik dan tidak tahu punca kepemimpinan kini tidak boleh bersatu dan bekerjasama dengan ketiga-tiga Ahli Parlimen di Perlis. Paling teruk, ada ahli Umno yang dihalang daripada menghadiri perjumpaan atau majlis anjuran mereka di Perlis.

Sebagai contoh, katanya ramai wakil rakyat di negeri berkenaan tidak dapat hadir ke majlis taklimat pilihan raya yang dianjurkan beliau di Perlis atas sebab tertentu, sedangkan taklimat sebegini penting untuk parti menghadapi pilihan raya umum.

Betul tu Pak Lah, bukan setakat Perlis, mana-mana negeri yang dah lama sangat tak bertukar kepimpinan tu, elok-eloklah fikirkan untuk menukar kepada kepimpinan baru. Bawa semangat baru dalam merencanakan kepimpinan negeri, dan membawa perubahan yang lebih rancak untuk pembangunan sesebuah negeri.

Bagi saya, Perlis patut berubah dan MB (Menteri Besar) juga patut diubah. Jika masih kekal kepemimpinan lama, Perlis akan tetap kekal macam tu juga.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive