Logo Terbaru Bandaraya KT tidak membawa maksud
Ditulis oleh SM Noor
dipetik: Buletinonline
Kuala Terengganu, 30 Dis - Inilah logo Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang terbaru. Setelah tidak diperkenan oleh Tuanku Sultan, mesyuarat khas terpaksa di adakan sehingga lewat petang semalam bagi memutuskan apakah 'objek' yang akan menggantikan bunga padi yang menjadi 'kemurkaan' Tuanku.
Sekali imbas tidak ada bezanya dengan logo asal. Namun sumber dalaman yang memberitahu Buletinonline bahawa lingkaran 'bunga padi' ditukar kepada 'bunga tulip'. Penggunaan 'bunga tulip' dilihat sebagai tidak ada kena mengena dengan 'konsep' Kuala Terengganu yang di namakan oleh kerajaan UMNO/BN sebagai 'Bandaraya Pesisir Air'. Bunga Tulip juga bukanlah bunga yang dikaitkan dengan apa-apa makna didalam bunga-bungan yang menjadi lambang kebesaran atau kebanggaan.
Kesilapan membuat keputusan dengan meletakkan 'lingkaran bunga padi' pada logo sebelum ini adalah satu kesilapan yang tidak wajar sama sekali. Dan kini, kerana terlalu kesuntukan masa, biarlah tidak membawa apa-apa makna, "bunga Tulip pun bunga Tulip' lah. Mungkin sebahagian besar dari kita yang tidak pernah kenal bunga Tulip.
Buletinonline dimaklumkan lagi bahawa kos pembangunan logo asal adalah hampir RM 1 juta. Kini kos tersebut bertambah dengan pengubahsuaian kecil sahaja, kos logo bakal bandaraya itu menjadi RM 1.1 juta.
Buletinonline sebelum ini menerbitkan artikel "Benarkah Sultan Mizan Murka" melalui kolum Minda Editor dan berita penukaran logo diterbitkan lewat malam semalam bertajuk "Bakal bandaraya warisan pesisir air tukar logo" boleh di akses melalui
MAHATHIR MAHAKAYA, MAHAZALIM... KEH.. KEH...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment