KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 30, 2007

BYE BYE SHAHIDAN KASSIM


Radzi saran MB Perlis ditukar
bharian.com

PADANG BESAR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, semalam secara terbuka meminta Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, memberi laluan kepada kepemimpinan baru untuk menerajui parti itu di Perlis.

Beliau berkata, sudah sampai masanya Perlis mengambil tindakan drastik dengan memilih kepemimpinan baru untuk menerajui parti, apatah lagi dengan keadaan politik di negeri itu yang dianggapnya semakin kucar-kacir, sejak akhir-akhir ini.

"Bagi saya, Perlis patut berubah dan MB (Menteri Besar) juga patut diubah. Jika masih kekal kepemimpinan lama, Perlis akan tetap kekal macam tu juga," katanya kepada pemberita, selepas menghadiri Majlis Taklimat dan Perasmian Gerak Kerja Pilihan Raya Umno Bahagian Padang Besar, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid yang juga Ahli Parlimen Padang Besar dan Ketua Umno bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin.

Radzi berkata, budaya berpuak-puak dalam parti yang wujud di Perlis menyebabkan semangat kerjasama antara ketiga-tiga Parlimen - Kangar, Padang Besar atau Arau hilang, malah semangat perpaduan sesama ahli dalam bahagian juga turut lenyap.

"Saya sudah jelajahi semua negeri di Malaysia untuk menyelia perjalanan jentera pilihan raya serta perjalanan Umno selain menyampaikan amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Bagaimanapun, saya sedih melihat negeri sekecil Perlis dengan hanya tiga parlimen, mengalami kemelut dalaman politik yang amat hebat sehingga menjadi bahan gelak ketawa negeri lain," katanya.

Katanya, beliau sendiri pelik dan tidak tahu punca kepemimpinan kini tidak boleh bersatu dan bekerjasama dengan ketiga-tiga Ahli Parlimen di Perlis. Paling teruk, ada ahli Umno yang dihalang daripada menghadiri perjumpaan atau majlis anjuran mereka di Perlis.

Sebagai contoh, katanya ramai wakil rakyat di negeri berkenaan tidak dapat hadir ke majlis taklimat pilihan raya yang dianjurkan beliau di Perlis atas sebab tertentu, sedangkan taklimat sebegini penting untuk parti menghadapi pilihan raya umum.

Sementara itu, Shahidan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Gerakan Belia 4B Malaysia ke-33, di sini, semalam mengaku kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak mempunyai sebarang jawatan di Perlis, tetapi suka mengganggu ketenteraman serta pentadbiran negeri itu.

Tanpa menamakan sesiapa, katanya individu terbabit mempunyai jawatan tinggi pada peringkat persekutuan, tetapi tidak di Perlis, namun tetap mencampuri urusan pentadbiran negeri.

"Ada yang datang ke Perlis kemudian komen pasal sungai, manakala ada pula yang berniat nak tutup sempadan, tapi mereka tidak ada sebarang jawatan di negeri ini," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive