dipetik: ntbn.wordpress.com
Berita mengarut memenuhi siaran Buletin Utama. Menonton siaran berita TV3, sudah menjadi aktiviti yang membazir kerana disamping kononnya kerajaan mempamirkan sikap keterbukaan, TV3 menyiarkan hampir setengah jam dengan berita propaganda Barisan Nasional. Mengutuk pari pembangkang dan terus memuji dan mengampu Barisan Nasional.
Kepada yang mempunyai saluran pilihan ASTRO, mungkin ramai yang mengubah saluran ketika berita bercorak bodek dan ampu oleh media itu di siarkan. Disusuli dengan iklan yang panjang, dan untuk mengubah kembali kepada saluran Buletin Utama di TV3, berita yang sama bentuk nya disambung semula. Sungguh menjijikkan.
Bermula dengan ucapan Najib Razak membawa kepada ucapan pakar pemerhati politik yang bagaikan dicucuk cucuk hidung mereka yang memberikan kenyataan berat sebelah. BN bagaikan agama dan PM bagaikan Tuhan. Segala puji pujian itu hanya lah untuk mereka. Keterbukaan, adil, ambil berat soal rakyat, sumbangan, bantuan, perihatin dan sebagainya memenuhi kenyataan setiap dari mereka. Sungguh menjemukan dan sungguh memualkan.
Bila sahaja rakaman ucapan Najib yang kini sedang di dalam sessi lawatan ke Sabah dan Sarawak disiarkan, sekali lagi, seperti malam sebelum nya, Najib terusan memberikan pelbagai amaran kepada sesiapa yang cuba untuk menentang kerajaan dengan penggunaan undang undang rimba ISAnya.
Selebihnya beliau menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional kononnya bersikap terbuka untuk membenarkan pembangkang dan NGO untuk menggunakan markas dan stadium untuk digunakan di dalam sessi ceramah dan sebagainya. Cakap memang mudah, bila permohonan dilakukan, ianya ditolak. Malah mungkin juga pihak pengurusan stadium pun sendiri bimbang untuk memberikan kebenaran. Apatah lagi pihak polis yang seperti tidak langsung membenarkan sebarang perhimpunan sehingga baru baru ini Saudara Anwar Ibrahim terpaksa mengubah jadual pertemuannya dengan kaum India, dari Dewan Hokkien Kelang ke Kampung Jawa.
Serangan kerajaan menggunakan RTM dan Media swasta memberikan gambaran bahawa kerajaan sedang bertungkus lumus untuk menyampai dakyah dan fitnah nya terhadap pembangkang kerana masa mereka sudah semakin suntuk. Pilihanraya sudah semakin hampir malangnya rakyat masih sukar untuk kembali menyokong kerajaan kerana segala berita buruk tentang kerajaan sudah sampai ke pengetahun rakyat. Malang lagi, keburukan kepimpinan Barisan Nasional terus terbongkar hampir setiap hari dan setiap masa.
Sejauh mana rakyat boleh termakan propaganda media arus perdana? Rakyat semakin matang, pemimpin semakin bangang. Maka kehadiran mereka perlu ditolak kerana itu lah yang sering mereka katakan setiap kali saat hampir pilihanraya. Membasmi kemiskinan yang setiap tahun dilanjutkan tempohnya dan berjanji dengan pelbagai pembangunan yang bakal menyusahkan rakyat.
Maka, kesimpulannya. Jangan terpengaruh dengan semua hasutan dan fitnah parti Barisan Nasional. Sudah sampai masanya kita hapuskan UMNO, hapuskan BN dan semua parti komponennya agar tidak terus melakukan kemusnahan, pembaziran dan tekanan kepada rakyat. Untuk mengelakkan harga barangan bertambah naik dan penggunaan wang hanya untuk mengayakan kroni dan anak bini mereka, maka pupuskan UMNO, kuburkan Barisan Nasional. InsyaAllah bentuk berita yang lebih bebas akan berlaku sekiranya Malaysia tidak lagi dibawah kawalan parti Barisan Nasional.
Takbirr ....!!!!
Dec 30, 2007
BODEK DAN AMPU OLEH TV3
Labels: Belit media
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment