KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 30, 2007

ISLAMKAH NEGARA KITA?

dipetik: ntbn
Berapa banyak jumlah masjid tidak melambangkan sesebuah negara itu sebagai negara Islam. Berapa ramai rakyat beragama Islam di dalam sesebuah negara itu tidak mencerminkan negara itu, negara Islam. Mahu tahu, lihat kenyataan berikut,

Rujukan: baheis.islam.gov.my

Definisi negara Islam mengikut pendapat ulama' adalah seperti berikut:

1- Muhammad bin Hasan as-Syaibani:
"Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya"

2- Muhammad Abu Zuhrah:
"Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim"

Hasil dari definisi dan pandangan ulama' mengenai negara Islam, jelaslah bahawa Malaysia sebagai negara Islam kerana ciri-ciri berikut:

1- Ketua pemerintahan negara dipegang oleh orang Islam.
2- Malaysia masih didiami oleh orang-orang Islam.
3- Umat Islam bebas menunaikan amalan syariat Islam malah dibantu oleh kerajaan.
4- Sistem mempertingkatkan ibadah, munkahat dan muamalat dilaksanakan diserata negara.
5- Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi dan sentiasa ditingkatkan mutunya, Mahkamah Syariah ditubuhkan dengan rasmi dan hasil keputusannya tidak boleh diganggu oleh Mahkamah Sivil. Atas dasar tersebut, maka kerajaan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Mudahnya untuk menjadi sebuah negara Islam. Siapa yang mencipta unsur unsur sebuah negara Islam itu? Ulamak.

Yang mungkin menjadi persoalan adalah
  • Islam bagaimanakah pemimpin itu?
  • Masih di diami orang Islam? Bagaimana kalau ada orang Islam tetapi tidak beribadat seperti seorang Islam?
  • Mudah menunaikan amalan syarikat Islam, malah dibantu? Sejauh mana dan apakah kayu pengukur bantuan kerajaan itu?
  • Sistem mempertingkatkan ibadah, munkahat dan muamalat? Sejauh mana usaha ini dilakukan? Sekadar usaha atau cukup sekadar syarat?
  • Pendidikan Islam? Cukupkah hanya 2 jam seminggu?
  • Mahkamah Syariah dan keputusannya tidak diganggu oleh Mahkamah Sivil? Sejauh mana kebenarannya dan sejauh mana ia tidak diganggu?
Ini boleh diumpamakan sebagai seseorang yang mengaku Islam dengan mengucap dua kalimah shahadah dan dirumahnya ada memiliki sejadah serta senaskah Al Quran. Kalau anda seperti itu, maka benar sungguh lah kenyataan di atas. Tetapi sejauh mana amalan Islam itu diamalkan di dalam kehidupan, itu yang menjadi tanda tanya. Maka tidak hairanlah kalau rakyat malaysia sekarang sibuk menjadi Santa Claus, Pelacur dan pemabuk kerana Islam tetap Islam. Dan terus menjadi Islam.

Kerjaaan Malaysia masih lagi menafikan Hukuman Hudud kerana ianya tidak perlu untuk menjadikan sebuah negara itu sebagai negara Islam. Cukup sekadar dinyatakan perlunya mahkamah Syariah yang tidak diganggu keputusannya oleh mahkamah Sivil.

Jika ada sebagai bapa yang beriman, sabarkah anda kalau anak dan isteri tidak menutup aurat serta tidak bersembahyang? Islam kah kita? Ya, kita masih Islam tetapi tidak menjalankan hukum dan rukun Islam. Untuk membezakan antara Islam benar dan Islam atas nama maka adanya Rukun Islam yang 5 dan Rukun Iman (6). Kalau kita tidak mengikuti rukun tersebut, maka status Islam kita hanya sekadar nama sahaja. Kalau setakat mahu menjadi seorang Islam, tidak perlu lah menunaikan sembahyang, puasa dan sebagainya. Maka kenapa perlu mengucap dua kalimah sahadah sedangkan perkara lain kita tinggalkan.

Kalau mahu tahu sejauh mana pentingnya rukun Iman dan Rukun Islam itu, kita bandingkan dengan Rukun negara. Kalau tidak hafal rukun negara, kita masih lagi rakyat malaysia. tetapi kalau tidak menuruti elemen elemen rukun negara, kita boleh dihukum dan boleh menyebabkan seseorang itu dibuang negara diatas kesalahan kesalahan yang boleh dikaitkan dengan rukun negara.

Maka fikirkan sendiri samaada Islam kah kita, Islam kah pemimpin kita untuk menjawab persoalan Islam kah negara kita? Wallahualam bissawab....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive