Dipaksa menjaja tubuh di beberapa ladang
Harian Metro - 30/12/2007
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh enam jam, 20 lelaki ‘hidung belang’ dilayan dan jika tidak bernasib baik, pulang ke rumah dalam keadaan cedera di mulut dan anggota badan.
Itu yang dilalui Maia, 27, selepas terpaksa menjaja tubuh di beberapa ladang di negara ini sejak tiga bulan lalu.
Maia yang ditemui wartawan Metro Ahad memberitahu dia pada asalnya bekerja sebagai pembantu rumah, tetapi kerana tidak tahan dengan beban kerja termasuk didera majikan, dia melarikan diri.
Katanya, dalam keadaan sehelai sepinggang, menerusi seorang kenalan dia ditawarkan perlindungan oleh seorang lelaki.
“Sehingga hari ini saya tidak tahu siapa sebenarnya lelaki itu. Saya hanya memanggilnya Abang.
“Pada mulanya Abang bersikap baik, tetapi lama kelamaan dia berubah. Dia memberi pilihan sama ada mahu dihantar ke pihak berkuasa negara ini atau melakukan kerja yang mudah tetapi pulangannya lumayan,” katanya.
Oleh kerana tiada pilihan Maia, terpaksa melakukan kerja seperti diarahkan Abang.
“Rupa-rupanya saya perlu menggadai diri. Saya disuruh pergi ke sebuah rumah sewa di Utara dan menetap di situ buat sementara waktu.
“Selang beberapa hari, pada jam 9 malam saya dibawa oleh seorang lelaki tidak dikenali ke sebuah rumah kongsi di sebuah ladang. Di situ beberapa orang lelaki warga asing sudah menunggu dan saya perlu melayan nafsu mereka,” katanya.
Maia berkata, sejak itu hidupnya tidak pernah tenang kerana terpaksa membiarkan tubuhnya diratah orang tidak dikenali.
“Sudah beberapa kali saya melayan sehingga 20 orang. Dari jam 9 malam sehingga 3 pagi mereka bergilir-gilir ‘menggunakan’ saya. Kadangkala saya dicederakan jika tidak mengikut kemahuan mereka,” katanya.
Menurut Maia, dia tidak melakukan pekerjaan itu di satu ladang saja, sebaliknya turut berbuat demikian ladang lain.
“Dalam tempoh seminggu, saya berkejar ke ladang berlainan. Kadangkala ladang kelapa sawit dan kadangkala ladang getah, kebun sayur malah kolam ternakan ikan dan udang juga saya pernah sampai asalkan ada permintaan,” katanya.
Menurut Maia, dia ibarat kain buruk yang boleh diperlakukan sesuka hati kerana tiada siapa mampu membantunya.
“Harga saya ditentukan oleh orang tengah yang mengumpul pelanggan. Saya diberitahu bayaran yang dikenakan adalah antara RM30 hingga RM60 bergantung kepada kehendak pelanggan.
“Ikutkan kepada pendapatan memang lumayan, tetapi semua itu tiada guna kerana hati saya tidak pernah tenang,” katanya.
Maia berkata, di rumah sewa yang didiaminya ada sekurang-kurangnya tiga wanita melakukan pekerjaan sepertinya.
“Kami tidak dipanggil ‘ayam’, sebaliknya ‘burung’ adalah gelaran kami. Di rumah sewa kami ada seorang wanita tua tinggal bersama kami dan dia seperti ‘ketua’ kami,” katanya.
Menurut Maia, mereka tidak tinggal lama di rumah sewa itu kerana setiap minggu akan tiba ‘burung’ baru di rumah berkenaan.
“Dari Utara Semenanjung kami dipindahkan ke Selatan dan melakukan kerja yang sama di beberapa ladang. Kadangkala kami juga di bawa ke rumah kongsi di kilang yang menempatkan pekerja asing,” katanya yang kini kembali ke utara selepas dua hingga tiga minggu berada di selatan.
Maia berkata, dia tidak tahu sampai bila terpaksa melakukan pekerjaan itu kerana tiada peluang untuknya melarikan diri.
“Dulu ketika bekerja sebagai pembantu rumah, bolehlah lari sebab majikan tidak dapat mencari. Kini, saya takut untuk lari kerana abang ugut akan menyusahkan saya jika melarikan diri,” katanya.
Seorang lagi wanita yang mahu dikenali sebagai Suzi, 30, berkata dia melakukan kerja seperti Maia atas dasar sukarela kerana mahu melangsaikan hutang di kampung.
Katanya, dia dibantu seorang rakan yang berpengalaman melakukan pekerjaan itu di negara ini sejak beberapa tahun lalu.
“Ikutkan hati memang teruk menjaja tubuh di ladang. Tempatnya kotor dan pada bila-bila masa boleh mendapat pelanggan yang tidak betul. Bagaimanapun, saya terpaksa kerana dengan cara itu saja saya boleh mendapatkan wang dengan mudah,” katanya yang baru beberapa minggu menjaja diri di negara ini,” katanya.
Suzi yang memulakan kerjanya itu di selatan Semenanjung ditemui ketika singgah di Kuala Lumpur untuk tempoh beberapa hari sebelum kembali ‘beroperasi’ di Utara.
Suzi berkata, sepanjang melakukan pekerjaan itu dia pernah melayan 17 lelaki hanya dalam tempoh 5 jam.
“Lagi ramai pelanggan, lagi banyak wang yang saya dapat kerana menjaja tubuh di ladang bayarannya sedikit iaitu antara RM30 hingga RM50,” katanya.
Menurut Suzi, untuk mendapat pelanggan, orang tengah digunakan.
“Orang tengah itu yang mengumpulkan pelanggan untuk saya. Bukan seorang dua tetapi sekurang-kurangnya 10 orang. Jika lebih lagi bagus.
“Saya hanya berikan orang tengah itu ‘duit kopi’, tetapi jika dia mahu meniduri saya, saya tidak perlu membayar kepadanya,” katanya.
Suzi berkata, dia tetap dibayangi perasaan bimbang melakukan pekerjaan itu kerana banyak risiko yang perlu ditanggung.
“Saya sedar, lama kelamaan saya akan ditangkap juga. Walaupun menggunakan visa pelancong, pihak berkuasa negara ini lebih arif mengenal pasti wanita warga asing yang melacur,” katanya. |more...|
MAHATHIR MAHAKAYA, MAHAZALIM... KEH.. KEH...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment