Tinta Ketua PemudaPC..........
Selepas peristiwa berdarah di Masjid Merah yang menyaksikan pembunuhan ratusan umat Islam di Pakistan akibat kekejaman dan tindakan ala ‘ budak suruhan Amerika’ oleh presiden Pervez Musharraf Julai lepas, saya menulis sedikit mengenainya ( klik di sini ) untuk menyatakan kerisauan dan ketakutan yang bakal membakar keamanan di sana. Musharraf dengan sengaja menebuk lubang untuk fitnah yang bakal merebak.
Hari ini beliau menyaksikannya dan seluruh dunia menyaksikan fitnah yang menakutkan itu. Selepas pembunuhan bekas presiden, Benazir Bhutto di tangan pengebom berani mati yang pastinya didesak oleh rasa putus asa dengan kehidupan yang menekan dan menghimpit di sana itu, adakah kita boleh mengandaikan suasana kehidupan di sana akan kembali harmoni dengan cepat? Tidak sama sekali! Api fitnah sedang marak dan ia akan terus bergerak dengan cepat sekali.
Dalam tempoh masa terdekat ini, kita mungkin menyaksikan pembunuhan demi pembunuhan yang mungkin mencecah ratusan atau ribuan mangsa yang tidak berdosa. Semuanya umat Islam, saudara seakidah kita. |more...|
MAHATHIR MAHAKAYA, MAHAZALIM... KEH.. KEH...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment