dipetik: penaleklook.blogspot
Kemelut politik dalaman UMNO Perlis mula terdedah. Hari ini di Padang Besar, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad mahu Menteri Besar ditukar.
Menurutnya walaupun Perlis kecil dan hanya mempunyai tiga bahagian UMNO, tetapi politiknya kucar-kacir dan mengalahkan negeri-negeri lain yang mempunyai berpuluh bahagian.
Puncanya Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Datuk Seri Radzi berkata tiada kerjasama dan harmoni diantara ahli-ahli UMNO di bahagian Arau, Kangar dan Padang Besar. “Menteri Besar amalkan dasar pecah dan perintah”, katanya.
Bukan itu sahaja, tiga kawasan parlimen yang antaranya Padang Besar yang diwakilinya tiada kerjasama antara satu sama lain. “Sebagai Setiausaha Agung UMNO yang turut meninjau ke seluruh negara, saya berasa malu dengan keadaan itu. Ia sudah menjadi jenaka di kalangan ahli UMNO mengenai kemelut di Perlis”, tambah beliau.
Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mahu Menteri Besar ditukar dengan kepimpinan yang baru supaya kemelut yang ada dapat dihentikan menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
“Ini pandangan dan pemikiran saya sahaja, saya tiada kuasa untuk menukar. Keputusan terletak di tangan Perdana Menteri. Saya bukan nak tunjukan kuat, tetapi masalah ini perlu diselesaikan sekarang demi perpaduan dan kekuatan UMNO”, tambahnya.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid turut berada di sampingnya ketika sidang media itu berlangsung.
Namun, ramai yang mengetahui bahawa sejak Datuk Seri Shahidan Kassim dihantar pulang ke Perlis untuk diangkat sebagai Menteri Besar, memang sudah berlaku ‘peperangan’ di kalangan penyokong dalam tiga buah bahagian itu.
Di Padang Besar, perubahan dilakukan dengan Datuk Azmi Khalid melepaskan jawatan ketua bahagian. Di Kangar Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad masih menerajuinya manakala di Arau oleh Datuk Seri Shahidan sendiri.
Perlis yang kecil sebenarnya beruntung berbanding Selangor yang hanya diberikan jawatan Timbalan Menteri di peringkat persekutuan.
Selain Datuk Seri Shahidan sebagai Menteri Besar, Datuk Seri Azmi Khalid dan Datuk Seri Radzi menjadi menteri. Hanya MP Arau Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail tidak diberi jawatan pentadbiran.
Ketiga-tiga Ahli Parlimen dikatakan tidak mempunyai banyak masalah antara satu sama lain tetapi mereka menghadapi ‘masalah’ dengan Shahidan dan ianya bukan satu rahsia.
Sebenarnya ketokohan Datuk Seri Shahidan jauh mengatasi ketiga-tiga pemimpin berkenaan. Rakyat Perlis, pada amnya, senang dengan cara dan gaya kepimpinan beliau. Menteri Besar senang mendekati rakyat dan agak ‘pemurah’.
Gaya dan pendekatan yang diguna oleh Datuk Seri Shahidan dikatakan tidak berapa mampu ditandingi oleh ketiga-tiga Ahli Parlimen dari Perlis itu. Beliau memiliki ‘kuasa’ dan ‘kekayaan’ untuk melakukan sesuatu termasuk bermurah hati memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya.
Ketidakserasian barisan kepimpinan di Perlis tidak dihebohkan dalam media tetapi menjadi pengetahuan umum di negeri itu. Semuanya kelihatan baik dan tiada masalah. Itu adalah gambaran luaran, sebelum ‘diletupkan’ oleh Datuk Seri Radzi hari ini
MAHATHIR MAHAKAYA, MAHAZALIM... KEH.. KEH...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment