Najib dibidas: Burukkan pembangkang, takutkan rakyat dengan konflik Pakistan
Azamin Amin
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dibidas kerana cuba menakutkan perasaan rakyat terhadap konflik yang berlaku di Pakistan di samping memburukkan pembangkang yang didakwa mencetuskan kekecohan di negara ini.
Malah media arus perdana juga dilihat setiap hari memaparkan 'sentimen' Pakistan seolah-olah insiden tersebut boleh terjadi dengan penglibatan pembangkang dan akibat terhasilnya demonstrasi jalanan.
Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berkata sungguhpun kerajaan di negara ini 'menindas' dan melakukan pelbagai 'kezaliman' serta 'menghimpit' nasib hidup rakyat, rakyat di bawah pimpinan pembangkang belum pernah mencetuskan rusuhan sehingga menimbulkan suasana huru-hara dan menyebabkan orang awam atau pemimpin politik terkorban.
"Najib sepatutnya mengambil iktibar bahawa, demokrasi yang teruk dan pincang di Pakistan menyebabkan kebangkitan rakyat untuk menentang kezaliman yang akhirnya mencetuskan suasana huru-hara," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
"Segalanya berpunca daripada kerajaan yang tidak mahu berubah.Bukannya cuba menakut-nakutkan rakyat dan seolah-olah pembangkang boleh menyebabkan suasana di Pakistan boleh berlaku di sini sedangkan Najib sendiri akui belum ada satu sejarah berlaku begitu dalam negara ini," katanya. |more...|
MAHATHIR MAHAKAYA, MAHAZALIM... KEH.. KEH...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment