KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 30, 2007

Penipuan Yuran Sekolah



ANGKATAN MUDA KEADILAN
BAHAGIAN BAYAN BARU

KENYATAAN MEDIA

Merujuk kepada Budget 2008 oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi pada 7 September 2007 bahawa kerajaan mengumumkan antaranya:

  • Selain memansuhkan yuran peperiksaan, malah kerajaan akan memansuhkan kesemua yuran tahunan di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara bermula 2008;
  • Semua pelajar akan mendapat faedah pinjaman buku teks percuma tanpa mengira pendapatan keluarga; dan
  • Pemberian pakaian seragam untuk aktiviti ko-kurikulom bagi ibubapa berpendapatan kurang RM1000.

Merujuk notis yang dihantar kepada ibubapa pelajar di semua sekolah diseluruh negara, sekarang ini telahpun wujud kesangsian terhadap kerajaan Abdullah bahawa janji kerajaannya adalah sesuatu yang amat palsu dan bohong, apabila:

Secara jelas yuran yang dimaksudkan tidak dimansuhkan secara jujur.

Kerajaan menerusi menteri yang bertanggungjawab, Hishamuddin Hussin cuba berdalih dengan mengenakan “Pakej Bayaran Tambahan” yang sebaliknya menaikan semula bayaran yuran yang telah dimansuhkan.

Menteri berkenaan melalui Ketua Pengarah Pelajaran cuba mengaburi kenaikan Sumbangan PIBG yang melampau untuk mengalihkan tumpuan sebenar daripada perkara pokok yang asal iaitu bayaran yang tidak dimansuhkan antaranya caj Insuran serta caj Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia sepertinya dikekalkan; dan bayaran baru yang tidak ada sebelum ini seperti Sukan Tahunan, Ko-Kurikulom dan Kegiatan Agama / Moral yang selama ini ditanggung oleh Kementerian Pelajaran telah dikenakan dan caj Kertas Ujian Dalam pula dinaikan.

Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru berpendirian bahawa ini bukan caranya kerajaan mengada-adakan bayaran tambahan di masa kerajaan telah pun bersedia untuk memansuhkan semua yuran sekolah.

Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru mengutuk tindakan menipu rakyat tanpa rasa malu oleh kementerian yang dinaungi oleh Ketua Pemuda Umno itu.

Memandangkan sessi persekolahan tahun 2008 akan bermula pada 2hb. Januari ini, bahawasanya Angkatan Muda Keadilan menuntut supaya Kementerian Pelajaran agar tidak berdolak dalih dan hendaklah segera menarik balik Pakej Bayaran Tambahan serta menunaikan janji sebagaimana yang dibentangkan pada Budjet 2008 mereka secara jujur.

Bahawa seandainya tidak berbuat demikian selepas daripada ini, kerajaan Barisan Nasional tidak boleh menolak anggapan rakyat bahawa Barisan Nasional adalah kerajaan penipu.

Tonton sidang media oleh Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru. [ http://www.youtube.com/watch?v=_TKulHAS8uc ]


Ahmad Azrizal Bin Tahir
NAIB KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN BAYAN BARU

Tarikh: 29HB Disember 2007

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive