KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 18, 2008

ALAHAI BUCHUKKKK... MANJA NYA POLIS

umno-reform.com

Kuala Lumpur 17 Jan 2008 - Aktivis Norazimah Bti Mohd Nor, 33 lebih dikenali sebagai 'Nora Reformis' pagi tadi telah didakwa atas tuduhan 'menghina dan dan membangkitkan provoksi' terhadap seorang pegawai kanan Polis. Pegawai tersebut ialah ACP Kumaran A/L Karuppanan Ketua Polis Daerah (OCPD) Sentul.

" Kamu dengan sengaja menghina ACP Kumaran A/L Karrupannan (G/11637) dan dengan itu membangkitkan provokasi kepada ACP Kumaran dengan pengetahuan bahawa provokasi tersebut berkemungkinan menyebabkan ACP Kumaran mengganggu ketenteraman awam dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 504 Kanun Keseksaan"

Setakat ini yang menjadi isu adalah Nora di tuduh mampu menganggu emosi ACP Kumaran seorang pegawai polis kanan yang kemungkinan boleh menyebabkan ACP Kumaran mampu mengganggu ketenteraman awam. Provokasi sehingga Pegawai Kanan Polis mampu mengganggu ketenteraman awam! Adakah Nora mampu menggugat kewibawaan dan jati diri seorang anggota kanan polis - lemah sungguh jati diri polis tersebut.

Sumber - ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Koordinator (012-3966744)
LABOUR RESOURCE CENTRE (LRC)

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive