MIER: Kenaikan minyak sukar ditangguh
KUALA LUMPUR 17 Jan. – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyifatkan kenaikan minyak petrol tidak dapat ditangguhkan lagi tatkala kerajaan kini menanggung subsidi bahan api itu hampir RM35 bilion.
Pengarah Eksekutif MIER, Prof. Emiritus Datuk Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, persoalannya sekarang ialah bila masanya kerajaan akan memutuskan hendak berbuat demikian.
Lebih menyulitkan keadaan, ujarnya, keputusan menurunkan subsidi, sekali gus menaikkan harga minyak petrol memberi implikasi politik, khususnya menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan bila-bila masa sekarang.
Katanya, kenaikan harga minyak adalah pisau bermata dua kerana di satu tangan, ia memberi manfaat kerana hasil daripadanya memberi pendedahan baik kepada ekonomi dan baik untuk untuk perolehan kerajaan. More...
Jan 18, 2008
NAIK HARGA ADALAH PASTI
Labels: Minyak naik, Naik Harga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment