Kebimbangan Rakyat Malaysia di Singapura
pasjohor bahru.com
E-mail in baru sahaja kami terima dari Sdr yang digelar Cyrus Ibrahim, beliau adalah sekian ramai ribuan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan berulang-alik mencari nafkah kesana setiap hari.
Ingatan beliau ditujukan kepada Sdr Mazlan Aliman yang menjawat jawatan sebagai AJK Pas Pusat merangkap Ketua Penerangan PAS Johor
Kebimbangan beliau berkenaan lori-lori yang membawa pasir melalui tambak Johor dan Link Kedua ada asasnya. Mungkin sahaja ini adalah cara baru pemberian pasir kepada Singapura melalui jalan darat setelah pengangkutan laut dengan menggunakan ponton pasir didedahkan media kepada umum.
Bantahan keras telah disuarakan oleh rakyat Johor 2 tahun yang lalu dengan isu jambatan bengkok,laluan bebas jet-jet pejuang Singapura di ruang angkasa Johor dan pasir-pasir laut yang disedut dari perairan negeri Johor buat tambakan laut untuk menambahkan saiz Pulau Singapura adalah cara kotor pimpinan Johor Barisan Nasional untuk menjual negara kepada Singapura.
Perancangan Wilayah Pembangunan Iskandar yang melibatkan 2 kali ganda keluasan dari saiz Singapura adalah petanda sejarah penjajahan alaf baru akan diteruskan oleh Singapura melalui UmnoBN sebagai agen hartanah mereka.
InsyaAllah PASJB yang terlibat secara langsung memandangkan Parlimen Johor Bahru yang terletak dalam kawasan WPI akan terus menyampaikan bantahan dan suara rakyat sehingga ke Parlimen demi mengingatkan pimpinan negara untuk tidak menggadai negara kepada sesiapapun.. .Allah selamatkan Johor....
Dear Mr. Mazlan Aliman,
I am a fellow malaysian working in Singapore and have found news that may be of concern to you and our country.
There are hundreds or trucks coming in to Singapore checkpoints every day bringing in sand for reclamation and construction uses. This is unacceptable as Malaysians are selling our country away.
Kindly look into the matter please.
Sincerly
Cyrus Ibrahim
graystallion78@yahoo.com
Sumber : Jundullah
0 comments:
Post a Comment