KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 18, 2008

BERNAMA MERAPU RAPU


Tiga ulasan dari TG Nik Aziz Nik Mat di dalam BERNAMA,

  1. "Kita sudah ada pengalaman bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, kemudian parti itu berpecah dengan Pas dan dia masuk semula Umno," kata Nik Aziz.
  2. "Setakat ini itulah sistem yang ada di Malaysia untuk memerintah dan Pas akan menggunakan sistem itu," katanya.
  3. "Kita ada banyak hasil untuk membangunkan Kelantan," katanya.

dan cuba anda baca kandungan berita BERNAMA berikut: Nik Aziz Hilang Yakin Terhadap PKR Yang Dianggapnya Bercelaru

No2umnO - Dimana ada kaitannya dengan ulasan yang diberikan oleh TG Nik Aziz?
Hanya 3 ulasan dari TG NIK AZIZ, tapi Bernama memutarbelitkan cerita menjadikan ianya seperti ulasan dari puak puak UMNO pula. Melucukan, TG NIK AZIZ tidak menyebut pun tentang PKR tetapi ulasan wartawan sampai kesana. Mungkin angan angan untuk memecah belahkan BA seperti keadaan BN dan UMNO sekarang.

Inilah matlamat penubuhan BERNAMA, semata mata untuk merosakkan kualiti kewartawan negara. Tidak bebas, hidung dijolok dan diikat dengan tali lantas ditarik ramai ramai oleh pemimpin UMNO.

Mengulas yang bukan bukan seperti lagak seorang anak kecil yang baru belajar melangkah. Kalau ini lah gaya kerja wartawan di dalam BERNAMA, maka lebih baik jadi BLOGGER. Tak payah ada kelulusan, tidak perlu pengalaman dan main belasah semacam je. Free lagi.

Kepada editor dan wartawan BERNAMA, Kesiannya, dan kalau nak biarkan UMNO tarik hidungm jangan sampai koyak rabak.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive