KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 18, 2008

JANJI PEMBANGKANG LEBIH ORI


Undi kami, pendidikan percuma kepada semua rakyat - Anwar Ibrahim
Zaili Muhammad
Harakahdaily

TANGGA BATU, 18 Jan (Hrkh) - Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu lagi tawaran kepada rakyat Malaysia sekiranya memberikan kemenangan kepada Barisan Alternatif untuk memerintah dalam pilihanraya umum akan datang.

Anwar berkata, beliau akan mempastikan pendidikan secara percuma diberikan kepada semua pelajar dari sekolah rendah sehingga ke peringkat Universiti.

"Turun harga minyak masih ada untung lagi, untuk itu kita akan pastikan semua sekolah rendah, menengah dan universiti anak-anak dan ibubapa tak payah bayar semuanya percuma.

"Pendidikan dari sekolah rendah percuma sehingga ke universiti percuma, RM 4.50 tak payah bayar RM 100 tak payah bayar, jangan ikut macam menteri keris kata RM 4.50 tak payah bayar tapi RM 100 kena bayar," katanya sambil disambut dengan laungan takbir oleh orang ramai.

Katanya, keuntungan daripada hasil minyak petroleum yang diperolehi oleh Petronas sepatutnya boleh dinikmati bersama seluruh rakyat Malaysia sekiranya ditadbir secara adil dan saksama.

Menurutnya, keuntungan hasil minyak yang dinikmati negara sekarang ini sebanyak RM 80 bilion dan kalau diturunkan sedikit harganya untuk meringankan beban rakyat takkan negara akan bangkrap ketika berceramah di Balai Islam Pantai Kundur, di sini, baru-baru ini.

Turut sama berceramah pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan antara pimpinan yang hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Khamis Saat serta Ketua Angkatan Muda PKR, Samsul Iskandar Mat Akin.

"Saya selama 8 tahun menjadi Menteri Kewangan harga minyak di paras RM 1.10, walaupun masa harga minyak dunia naik melambung harga tetap sama juga, sekali aje naik 3 sen menjadikan RM 1.13 kemudian turun balik RM 1.10.

"Kalau nak banding harga minyak jangan bandingkan dengan Singapura kerana negara itu tak ada minyak," kata beliau.


Sambil itu, beliau turut memberi amaran bahawa sekiranya BN menang lagi pada Pilihan Raya Umum kali ini harga minyak akan naik lagi kerana mereka langsung tidak memikirkan permasalahan rakyat.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive