dicetak dan diubah untuk cerita realiti sebena: Berita asal
Kerana bimbang dengan pengaruh UMNO di dalam Kelantan, maka Anuar Musa merayu agar rakyat Kelantan yang berada di luar kawasan negeri itu, agar pulang ketika pilihanraya.
Menurut Annuar Musa, pengundi yang berada di luar Kelantan ini mampu menyumbang kepada kejayaan BN Kelantan pada pilihan raya kali ini, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dan suasana politik semasa.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata selaras dengan perkembangan itu, BN Kelantan telah memulakan "Gerakan Mesra Jejak Kasih" bagi memastikan anak negeri pengundi yang berada di luar Kelantan, akan pulang untuk mengundi pada pilihan raya nanti.
Beliau juga berangan angan dan berkata, "Kita yakin pengundi yang tinggal di luar Kelantan akan memilih kerajaan baru kerana mereka mahu lihat perubahan yang kita janjikan," ketika berucap pada majlis Perhimpunan Pengarah-pengarah Peti Undi BN Kelantan yang dihadiri 537 Ketua Peti Undi di sini, Jumaat.
Menurut Anuar lagi, gerakan itu bertujuan mencari pengundi yang tersenarai dalam senarai daftar mengundi tetapi gagal dikesan kedudukan serta lokasi mereka, dan menurutnya kira-kira 200,000 anak kelantan berada di luar kawasan.
"Mereka ini yang akan menjadi penentu sama ada negeri kelahiran mereka akan terus mundur di bawah kepimpinan Pas atau mampu bangkit maju seiring dengan negeri-negeri lain, negeri yang mereka hijrah itu. Sebab itu kita akan usahakan untuk membawa mereka balik dan mengundi dengan menyediakan kemudahan logistik yang perlu termasuk pengangkutan," tambahnya lagi.
Usaha terdesak Anuar Musa sehingga terpaksa mengeluarkan belanja semata mata bertujuan untuk mengalahkan pengaruh PAS di Kelantan. Entah berapa belanjanya pun kita tak tahu. Yang pasti pengangkutan dan duit poket akan diberikan. Cuma jangan keliru kalau ada pengundi dari Thailand pun akan turut dibawa masuk.
Annuar seterusnya cuba tunjuk baik kepada 46 waris peserta di dalam sumbangan Skim Takaful Merdeka. Setiap waris peserta yang merupakan anggota BN atau anggota keluarga mereka menerima sumbangan berjumlah RM3,500. Kalau bukan BN, tidak dapat bantuan. 46 ....? Kenapa hanya 46?
PENYOKONG TEGAR SANUSI. TENGOK PERANGAI WALAUN....GITU LA ..
30 minutes ago
0 comments:
Post a Comment