n9duriantunggal
Seluruh rakyat Malaysia dikejutkan baru-baru ini apabila Dato' S Krishnasamy, Tim. Pengerusi MIC Johor ditembak di Pejabat MIC, JB pada 11 Januari 2008, lebih kurang jam 2.30 petang. Polis masih menyiasat kes ini.
Pada Tahun 2004, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar juga Exco Wanita UMNO Malaysia, mati dibunuh di Hotel Shnagri-La, KK........KES NI SAMPAI SEKARANG TIDAK SELESAI......seperti ada sesuatu yang disembunyikan.
Pada tahun 2000.....ADUN Lunas, Dr Joe Fernandez juga mati ditembak oleh orang tidak dikenali. Saya kurang pasti, samada polis berjaya menagkap atau tidak penjenayah tersebut.
Lebih 20 tahun lalu, iaitu pada tahun 1982, Dato Taha Talib, Speaker DUN N.Sembilan, ditembak mati oleh Dato Mokhtar Hashim, Menteri Belia dan Sukan Malaysia,,,juga satu lagi catatan kes pembunuhan yang melibatkan pemimpin politik BN.
Pembunuhan pemimpin politik BN tersebut, samada yang telah selesai kesnya di mahkamah atau yang masih belum selesai, semuanya dilakukan atau disyaki dilakukan oleh orang BN sendiri. Pihak pembangkang tidak terlibat melakukan jenayah ini, walaupun pemimpin BN sering menuduh pembangkang suka membuat bermacam perkara yang menyalahi undang-undang.
Orang BN bunuh orang BN sendiri satu hal, orang BN juga turut melakukan jenayah membunuh terhadap orang PAS SEPERTI kes pembunuhan Allahyarham Osman Talib, di Lubuk Merbau semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Padang Terap, di Kedah...... Siapa lagi yang membunuhnya kalau tidak penyokong brutal BN.
Tragedi Memali pada 19 November 1985, pihak pemerintah kerajaan Malaysia pimpinan BN telah membunuh 14 orang termasuk as-Syahid Ustaz Ibrahim Libya, yang tidak berdosa, mereka ini tidak melakukan sebarang jenayah yang melayakkan mereka dihukum sedemikian. Sebaliknya mereka ditembak dan dibunuh seumpama pengganas komunis oleh polis atas arahan kerajaan BN.
DAN...terbaru kes Batu Burok, dua penyokong PAS (Azman dan Suwandi) yang menghadiri ceramah nyaris mati apabila ditembak oleh polis. Kejadian ini juga jelas berlaku atas motif politik BN.
Saya bawakan beberapa kes di atas untuk penilaian dan pertimbangan seluruh rakyat Malaysia akan betapa bahayanya masa depan kesejahteraan dan keamanan rakyat, jika tampuk kepimpinan negara masih berada di tangan kerajaan BN. Pemimpin BN sanggup membunuh kawan apalagi lawan demi memastikan kepentingan peribadi mereka tidak tergugat. Mereka sanggup melakukan apa saja, asalkan motif politik mereka tercapai, tembak, bunuh, letup, siksa, penjara, ugut......dan macam-mcama lagi jenayah terhadap rakyat asalkan mereka terus dapat berkuasa.
Jahaman BN.
PENYOKONG TEGAR SANUSI. TENGOK PERANGAI WALAUN....GITU LA ..
22 minutes ago
0 comments:
Post a Comment